Tuesday, September 30, 2014
Monday, September 29, 2014
Minum air dan Tidur
2 kaedah yang boleh meredakan sakit kepala
Anda pernah mengalami sakit kepala? Sudah tentu, yang pasti apabila kita menghadapi masalah sakit kepala, kita akan terus mengambil ubat untuk melegakankannya. Namun, tahukah anda bahawa anda sebenarnya tidak perlu mengambil ubat untuk melegakannya. Berikut adalah antara 2 kaedah yang boleh meredakan sakit kepala anda tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan.
1. Minum Air
Ini satu lagi sebab mengapa anda digalakkan minum 8 gelas air sehari. Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit kepala. Apabila tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cecair yang sedia ada dan memberi isyarat kehausan di antaranya melalui sakit kepala atau migrain.
Dengan meminum air, anda akan merasa lebih baik. Jadi, agar keadaan tubuh tetap seimbang, maka minumlah 8-10 gelas air setiap hari. Namun, jangan berlebihan, kerana cecair berlebihan dalam badan boleh mengurangkan kadar elektrolit dan sodium dalam badan.
2. Tidur
Memperolehi tidur yang mencukupi mampu meringankan malah menghilangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda seorang yang sibuk, pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari. Bagaimana pun juga, tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh menimbulkan sakit kepala
Tuesday, September 23, 2014
Antara manfaat limau nipis
MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT
Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.
Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.
MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH
Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.
Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.
Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.
MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.
Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!
Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.
Monday, September 22, 2014
Wednesday, September 03, 2014
Sekitar Majlis Jamuan Makan Hari Raya pada 25 Ogos 2014
Orang ramai yang berkunjung ke Jalinan Qaseh
Masing-masing sibuk memilih barang
Staff Jalinan Qaseh tak menang tangan melayan para pelanggan
Di antara produk-produk yang mendapat sambutan hebat
Jus Lavera dan Harum Qaseh Wash |
Kopi Supeer Hebat |
Smart IQ |
Marine Collagen |
Pretty White |
Barangan Tupperware Para pelanggan juga tidak ketinggalan mencuba pakaian di Butik Jalinan Qaseh Eksklusif Brand |
Deejay menyampaikan kata-kata aluan Selamat datang kepada para pelanggan Jalinan Qaseh
Bos Jalinan Qaseh menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas sambutan para pelanggan setia Jalinan Qaseh |
para pelanggan sedang menjamu selera
sambil menunggu cabutan bertuah
Kambing Golek |
Ayam Golek |
Kopi Supeer Hebat diberikan percuma |
Pelanggan yang berjaya menjawab soalan kuiz berkaitan produk2 di Jalinan Qaseh |
Pelanggan yang berjaya dalam cabutan bertuah |
Sempat lagi berselfie |
ada pelanggan yang sudah meninggalkan majlis
Subscribe to:
Posts (Atom)