Friday, January 30, 2015

Cara Memilih Produk Kecantikan

                                                         
CARA MEMILIH PRODUK KECANTIKKAN I Hari demi hari, semakin banyak produk kecantikkan yang dijual di pasaran. Adakalanya sampai keliru serta tak tahu nak pilih yang mana satu yang terbaik. Namun, apa jua sekali pun, kita hendaklah berhati-hati memilih produk kecantikkan sebelum membeli demi mengelakkan perkara yang tidak ingini berlaku.
Oleh itu, Giler Kentang ingin kongsikan beberapa cara yang berkesan untuk memilih produk kecantikkan dan boleh la di amalkan sebelum membeli.

1) Halal
- Sebagai seorang pengguna Muslim, Isu HALAL untuk sesuatu produk adalah sangat penting.
- Kita kena pastikan, produk tersebut telah disahkan sebagai Halal sama ada dari Jakimatau Jabatan Agama Islam luar negara.

2) Harga Berpatutan
- Harga juga memainkan peranan penting dalam memilih sesuatu produk kesihatan dan kecantikan. Janganlah sebab nak cantik, kita menghabiskan beribu-ribu ringgit tapi tidak memberikan kesan, malah lebih memburukkan lagi jika ia tidak selamat untuk badan kita. Kita kena sama-sama ingat, harga produk mahal tidak semestinya bagus untuk kita.

3) Mesra Alam
- Pilih produk yang berasaskan sumber semulajadi dan tiada kesan sampingan. Jika produk kecantikan dan kesihatan mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya, sudah pasti tidak baik untuk kesan jangka panjang pada tubuh kita.

4) Berdaftar Dengan Badan-Badan Berwajib
- Setiap produk kecantikan dan kesihatan perlu berdaftar dengan badan-badan berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM.

5) Mempunyai Label Dengan Info Produk Yang Lengkap
- Sebelum kita memilih sesuatu produk, pastikan kita tahu apa isi kandungan dalam produk tersebut, bila tarikh tamat luput, dos dan cara makan produk tersebut

6) Syarikat Yang Kukuh Dan Bertahan Lama


7) Banyak Kajian Pada Produk Tersebut Dan Telah Terbukti Keberkesanannya