Friday, January 23, 2015

Kehebatan Strategi Tumbuhan Periuk Kera Memerangkap Serangga Dibongkar Saintis

Walaupun tidak mempunyai otak, periuk kera telah berjaya dibuktikan ia sebenarnya tumbuhan karnivor yang memang bijak. Kajian sepasukan biologi yang dipimpin oleh Ulrike Bauer dari Bristol University membutikan, tumbuhan karnivor itu mampu menggunakan strategi yang hebat memerangkap serangga. Bauer dan pasukannya mengkaji tumbuhan periuk kera spesies Nepenthes rafflesiana. Jenis tersebut banyak ditemui di  Malaysia, Kalimantan, Kepulauan Riau,dan Brunei.


Hasil kajian itu diterbitkan di Proceeding of the Royal Society B, Januari 2015.

"Permukaan kantung perangkap sangat licin ketika basah, tetapi tidak tidak licin apabila kering selama lebih dari 8 jam dalam sehari seolah-olah perangkap itu 'dimatikan' dan tidak memakan serangga yang masuk ke dalam poket," kata Bauer seperti dikutip Discovery, Selasa (13/1 / 2014).

Tumbuhan ini cuma pembunuh dalam waktu tertentu sahaja. Kejadian ini membuatkan Saintis tertanya-tanya kenapa N rafflesiana mematikan perangkapnya. Bukankah dengan mematikan maka periuk kera akan kehilangan mangsa yang boleh membekalkan keperluan nitrogennya?

Bauer dan pasukannya pun melakukan eksperimen. Mereka menjalankan pernyiasatan terhadap dua kumpulan periuk. Satu kumpulan dibiarkan mematikan perangkapnya, sementara kumpulan lain mereka memastikan supaya kantung perangkap selalu licin.


Hasil yang mereka perolehi adalah cukup mengejutkan kerana periuk kera yang mematikan kantung jeratnya ternyata berjaya memerangkap lebih banyak semut daripada periuk kera yang permukaan kantung yang sentiasa licin.

Ternyata, periuk kera mampu memperdaya kecerdasan sosial semut. "Dengan mematikan perangkap selama beberapa jam, periuk kera memastikan semut yang datang kepadanya semasa perangkap dimatikan boleh kembali ke sarangnya dan membawa lebih banyak semut menuju kantung perangkapnya," ujar Bauer.

Sesuatu yang awalnya nampak merugikan tetapi ternyata mendatangkan manfaat lebih besar. tumbuhan ini yang tidak mempunyai otak tetapi mampu memerangkap semut yang terkenal sebagai serangga dengan kecerdasan sosial tinggi.