Friday, February 20, 2015

ATASI WAJAH CEPAT BERPELUH


Berdepan dengan masalah berpeluh selepas disolek? Keadaan ini boleh menjelaskan solekan anda. Ketahui petua untuk atasi masalah ini:
  • Sebelum mengenakan solekan, tekap wajah dengan ais. Petua ini dikatakan dapat mengecilkan liang roma dan mengurangkan masalah kulit berminyak.
  • Jika menghadiri majlis di tempat terbuka, biasanya wajah lebih cepat berpeluh. Tekap wajah dengan kertas minyak (blotting paper). Jangan sapu tetapi tekap, ia tidak akan mencomotkan solekan anda.
  • Elak solekan yang terlalu tebal. Jangan sesekali memakai bedak asas dengan banyak sebaliknya sapu secara nipis dan kemas. Ia membuatkan kulit kelihatan lebih natural dan solekan tidak bercapuk.
  • Agar solekan tahan lama dan tidak pudar, semburkan penyegar muka (spray mist). Ini membantu mengekalkan kelembapan kulit dan membuatkan solekan kekal cantik.