Sunday, February 15, 2015

DOA MENGHILANGKAN MENGANTUK

DOA MENGHILANGKAN MENGANTUK | Pernah tak seringkali berasa mengantuk ketika buat kerja, ketika di dalam kelas atau ketika memandu?? Rasanya semua orang pernah lalui situasi sebegini. Mengantuk adalah disebabkan otak kita tidak menerima kadar oksigen yang secukupnya.

Hal ini boleh mengundang padah terutama mereka yang sedang memandu kereta menuju destinasi yang ingin ditujui. Kemungkinan besar kita akan menimpa kecelakaan agak tinggi kerana ketika terlelpa, otak kita tidak lagi berfungsi dan tidak sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak mengawal kelajuan kenderaan.

Sebelum hal yang buruk berlaku, ada beberapa doa yang boleh diamalkan bagi mengelakkan rasa mengantuk. Antaranya ialah:-

1) Sepotong ayat dalam Ayat Qursi

– Ayat ini boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini tidak kira ketika belajar ke, memandu ke, bekerja ke. Potongan ayat tersebut ialah:-


DOA HILANGKAN RASA MENGANTUK
” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..”

(Erti: “[ Dia-ALLAH] Tidak mengantuk dan Tidak tidue..”)

2) Baca ayat Qursi 3 kali

DOA HILANGKAN RASA MENGANTUK

- Amalan paling mustajab untuk mengelakkan kecelakaan terutama ketika memandu dengan membaca ayat Qursi sebanyak tiga kali sebelum memasukkan gear pertama ketika ingin memula perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut:-

” BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM ” - 3x