Wednesday, February 18, 2015

CARA MENGECILKAN PORI-PORI SECARA SEMULAJADI

Menjadi impian semua wanita di dunia ini memiliki pori-pori kecil dan halus kerana ianya akan membuatkan wajah menjadi lebih gebu dan mulus. Maka tidak hairanlah kaum hawa sanggup membeli pelbagai produk kecantikan di pasaran demi mendapatkan wajah yang cantik dan menawan. Tidak perlu khuatir, anda kini boleh mengecilkan pori-pori di wajah anda secara semula jadi. Walaupun mengambil masa yang agak lama, namun ianya selamat dan tiada kesan sampingan akibat dari menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan kimia.
Inilah cara-caranya:
1. Bersihkan wajah
Sisa minyak wajah, kulit mati dan kotoran dapat membuatkan pori-pori dari tersumbat dan kelihatan lebih besar. Oleh itu, pastikan anda sering membersihkan wajah secara teratur sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutamanya sebelum tidur.
2. ‘Peeling’
Luangkan masa sekali seminggu untuk melakukan ‘peeling’ atau ‘exfoliation’ bagi membantu mengangkat sel kulit mati. Gunakan bahan semula jadi seperti tomato, parutan epal halus atau timun. Oleskan pada wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan selama beberapa ketika. Bilas dengan air bersih.
3. Elak sentuh wajah dengan tangan
Tangan anda mengandungi banyak bakteria dan minyak yang dapat membawa kotoran pada wajah dan menyumbat pori-pori. Jangan sentuh wajah anda lebih-lebih lagi jika tangan anda kotor dan sentuh jika perlu sahaja, misalnya ketika anda mengenakan solekan pada wajah.
4. Guna ais batu
Menggunakan ais batu dapat membuatkan pori-pori tampak lebih kecil dan membuatkan anda kelihatan awet muda. Jika anda memakai mekap dengan cukup tebal, oleskan dahulu wajah dengan ais batu sebelum memakai mekap.
5. Pakai mekap khas
Tahukah anda ada mekap khusus yang dihasilkan untuk mereka yang mempunyai pori-pori besar. Gunakan mekap tersebut agar wajah anda kelihatan lebih cantik dan halus. Namun, hasil mekap ini sementara dan tidak kekal sehingga rawatan wajah dilakukan.