Friday, September 04, 2015

4 BAHAN DAPUR NAIKKAN SERI WAJAH

4 Bahan Dapur Naikkan Seri Wajah


Terlalu sibuk dengan urusan harian membuatkan wanita kurang rehat dan tidur. Akibatnya tubuh menjadi lesu, wajah kusam dan lingkaran gelap di bawah mata makin jelas kelihatan. Sedih tak? 
 
 
Jangan risau wanita, kali ini anda boleh amalkan beberap tip ini untuk jaga penampilan setiap hari tanpa beli produk di pasar raya. Jom semak! 
 
 

1. Minyak zaiton lembapkan kulit

Musim panas, ramai yang akan mengalami dehidrasi. Kulit menjadi kering dan kusam, bagi mengatasinya anda boleh amalkan minum lapan gelas air putih sehari. Bagi melembapkan kulit pula, oles dengan  minyak zaitun. Lakukan setiap hari kulit akan halus dan lembap.
 
 

2. Ais segarkan wajah

Sebelum bersolek, tekapkan wajah dengan ais. Petua ini membuatkan wajah yang lesu tampak segar. Ais juga membuatkan solekan lebih tahan lama di samping membantu mengurangkan masalah lingkaran gelap di bawah mata.
 
 

3. Hampas kelapa haluskan kulit

Selepas memasak, hampas kepala jangan dibuang. Gunakan sebagai skrub untuk menyental tubuh. Hampas kelapa dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Membuatkan kulit tubuh lembap dan dikatakan dapat menghilangkan kesan gelap di bahagian intim.
 
 

4. Madu & telur naikkan seri

Campurkan sebiji telur ayam kampung bersama dua sudu madu. Percayalah, cara ini membuatkan wajah menjadi kemerahan. Telur dan madu juga membekalkan tenaga kepada tubuh. Sangat baik untuk kecantikan dalaman. Selain itu, petua ini juga dikatakan dapat menjadikan suara lebih lunak.
 
 
 
Tiada lagi alasan untuk tetap jaga kecantikan buat pasangan anda setiap hari. Hanya amalkan tip ini, segala masalah kulit akan terhakis. Selamat mencuba!




--------------------------------------------------------------------------------------------------

dfsdf

Boleh Mengatasi
  • Masalah jeragat
  • Masalah jerawat parah
  • Parut dan cela 
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit gelap
  • Bintik hitam

Cara Penggunaan
Langkah 1: Bersihkan muka dengan Beauty Soap. Urut secara perlahan-lahan dan bilas.
Langkah 2: Semburkan Scar Toner pada kapas muka, kemudian ratakan scar toner pada keseluruhan muka sehingga rata.
Langkah 3: Sapukan UV  Pearl Cream  pada keseluruhan muka sehingga rata pada waktu siang.
Langkah 4: Pada waktu malam, ulangi langkah 1 dan 2. Kemudian sapukan D’Kunyit krim secara nipis pada keseluruhan muka.