Saturday, September 05, 2015

LAWAN PENUAAN

Lawan Penuaan Dengan 5 Cara Berkesan


Semua orang akan tua pada akhirnya tetapi mengapa wanita cukup risau kalau kulit makin berubah. Macam-macam produk yang sanggup dibeli untuk 'tolak' dunia tua ke tepi. Apa kata kali ini anda cuba guna petua ini bagi melawan kulit daripada cepat berkedut. 
 

 

1. Pastikan kualiti bantal

Sebenarnya lebih banyak memberi kesan adalah sarung bantal. Menurut fisioterapi dan pakar tidur, Sammy Margo, sarung bantal dari bahan sutera sangat bagus untuk anda. Bukan hanya mengurangkan garis-garis di wajah ketika anda bangun tidur. Malah membuatkan kepala rasa selesa selama tidur, yang mana merangsang hormon melatonin dan secara tidak langsung memperbaiki kualiti tidur anda. Tidur yang cukup dan berkualiti akan membuatkan organ-organ dan kulit lebih segar.
 

 

2. Puasa

Jika kita puasa, ini mengaktifkan sel pelindung mekanisme dalam tubuh yang mampu tolak 'dunia penuaan' ke tepi. Tetapi kalau tidak biasa berpuasa, anda boleh lewatkan waktu makan misalnya sarapan atau makan malam. Setidaknya satu hingga dua kali dalam satu minggu. Target anda adalah melalui 16 jam tanpa makan. Jadi jika anda makan malam pada pukul 8, jangan makan sehingga pukul 12 siang keesokan hari. Strategi yang lebih baik, makan malam pada pukul 4 kemudian sarapan pada pukul 8 pagi keesokan hari. Bukan hanya memperbaiki sistem metabolisme tubuh, cara ini juga boleh menurunkan berat badan. Bagus, bukan?
 

 

3. Kurangkan duduk

Bukanlah kena berdiri 24 jam tetapi jangan duduk lebih dari 30 minit tanpa pergerakan lain. Tahukah anda, orang yang asyik duduk ini cepatkan penuaan sebab sistem metabolisme tersekat waktu tubuh tidak bergerak.
 
 
 

4. Tengok cerita lawak

Sekali tengok cerita lawak mesti anda ketawa spontan. Jangan kontrol sebab ketawa mampu mengurangkan hormon stres serta menambahkan sistem kekebalan yang menjadikan tubuh lebih efektif. Semakin tua, kemampuan seseorang untuk tertawa semakin kurang. Merujuk satu fakta, bayi mampu tertawa 300 kali setiap hari, sedangkan orang dewasa hanya 17 kali. Wow, patutlah bayi nampak comel dan muda. 
 

 

5. Yoga

Punyalah bagus yoga, kesannya seolah-olah anda ambil kolagen atau ubat anti penuaan. Yoga juga boleh aktifkan pembentukan sel-sel baru, lebih fokus, kuatkan memori dan jadi sangat kreatif dalam berfikir. Cuba buat hari ini, duduk di kerusi dengan mata tertutup dan fokus bernafas selama beberapa minit. 
 
 
 
 
Sangat senang, bukan? Mungkin ada yang pernah buat petua ini, tetapi jangan kata tiada kesan. Ada kena kosisten dan amal dalam beberapa minggu. Baru hasilnya dapat dinilai. Nak cantik, memang kena ada usaha. Ok, jom buat setiap hari apa yang mampu mulai sekarang! 
 




-------------------------------------------------------------------------------------------------

glora capuccino

Glo’ra Cappucino adalah kopi untuk mencerahkan kulit yang kusam atau gelap dengan pantas dan efektif. Kesan pemutihan akan dialami dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan kulit seluruh badan anda mendapat warna yang sekata, lebih cerah dan putih serta halus bak kulit bayi.
Campuran sebuk mutiara iaitu bahan pelembap semulajadi kulit anda, sumber protein, vitamin B kompleks, polisakarida, dan sedozen mineral kepada tubuh badan. Serbuk mutiara juga mengandungi asid amino yang berfugsi spesifik untuk menggelakkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien dan idak memperlihatkan kulit kelihatan tua dan berkedut.

Kebaikan Glo’ ra Cappucino
  • Menerangkan mata dan awet muda
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress
  • Merapat, memontok, menegang dan menyerikan
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Wajah kelihatan lebih cerah, gebu, bersinar dan berseri-seri
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Meningkatkan imunasi badan, baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
  • Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • Melangsingkan dan menjadikan bentuk badan menarik
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut
  • Untuk kuku kaki dan tangan yang sihat dan cantik
  • Sesuai untuk semua wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman