Thursday, September 17, 2015

PETUA KULIT KERING

Kulit Kering? Amal Petua Ini


Salah satu dilema kaum wanita adalah melihat perubahan kulit wajah semakin kusam dan kering apabila umur semakin meningkat. Jika tidak dirawat proses penuaan boleh berlaku dengan lebih cepat. Bagi mengekalkan kelembapan kulit dan membantu wanita kelihatan awet muda, anda boleh cuba beberapa petua ini...


1. Sayur kubis
Khasiat yang terkandung di dalam kubis dapat mengatasi kulit kering dengan berkesan. Hancurkan kubis kemudian jadikan masker. Sapu pada bahagian wajah dan tubuh yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Bilas dengan air bersih. Lakukan secara konsisten sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


2. Minyak zaitun
Kulit wajah dan tubuh yang kering dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun yang mempunyai vitamin E secara konsisten. Amalkan tip ini setiap hari, pasti anda dapat melihat perubahan yang positif pada kulit.


3. Masker avokado
Kisar buah avokado sehingga benar-benar halus, campurkan dengan air suam. Gaul bahan ini sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit akan menjadi halus dan tidak lagi kering.


4. Madu lebah asli
Ini paling senang, sapu wajah dengan madu setiap malam sebelum tidur dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau air putih. Hasilnya kulit menjadi lembap, halus dan kemerahan. Wajah kusam tampak berseri.


Bahan yang sesuai untuk kulit kering:

1. Gel Pencuci
Jangan sesekali menggunakan pencuci berbentuk sabun. Pilih gel pencuci kerana ini berasas air dan membantu membuatkan kulit wajah lembap sekali gus mengelakkan menggelupas.

2. Pelembap jenis krim
Gunakan pelembap berbentuk krim bukannya losen untuk mengatasi masalah kulit kering. Krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan kekal lama. Kulit akan dapat khasiat yang terkandung di dalam produk itu.

3. Suhu air
Adakah anda tahu suhu air panas dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Gunakan suhu air yang sederhana untuk mandi atau mencuci wajah. Ini akan membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit.





----------------------------------------------------------------------------------------------------

pwhite
Pretty White  merupakan minuman untuk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bagi kaum hawa. Dicipta khas melalui formula baharu yang mempunyai L-Glutathione, multivitamin, 10x stem cell dan ditambah 100% pearl powder. 

RASAI PERUBAHANNYA DALAM MASA 7 HARI !!!!
Kebaikan
  • Kulit bertambah cerah dan lembap
  • Melembutkan kulit dan halus seperti bayi
  • Meningkatkan keelastikan dan keanjalan kulit
  • Mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat dan pigmentasi (jeragat) tanpa pengelupasan nyata
  • Ejen pencerahan tanpa pengelupasan atau pengeringan
  • Mengurangkan kedutan dan menutup pori-pori terbuka
  • Untuk tiduk yang berkualiti, lena sepanjang malam
  • Menjadikan kulit kelihatan segar dan berseri serta mata bersinar bak permata
  • Sesuai digunakan untuk ibu yang sedang mengandung dan insyaallah kulit ibu dan anak yang baru dilahirkan cerah dan gebu
  • Rambut indah bersinar, lembut dan sihat
  • Menjadikan kuku kaki dan tangan sihat

Cara Penggunaan
  • 2 scoop 2x sehari (pagi dan malam) sebelum makan.
  • Boleh tahan selama 3 minggu untuk permulaan.
  • untuk mantain seterusnya ambil 1scoop 2x sehari sebelum makan  (tahan 1 bulan)

Kandungan
L-GLUTATHIONE /TALAPIA COLLAGEN / MULTIVITAMIN / 10X STEM CELL /
HYALURONIC ACID (HA) / VITAMIN C/ SERBUK MUTIARA ASLI

>FREE
  • shaker
  • lipstik collagen pretty white
  • sheiseido mask 
  • Paperbag ekslusif pretty white