
Tahukah anda siapakah 5 golongan yang akan selamat apabila melintasi titian sirat? Dalam surah Al-Fatihah ada disebut tentang titian sirat ini. Titian ini yang merentangi neraka menuju ke syurga dan akan dilalui oleh semua manusia di akhirat kelak sebagai salah satu ujian dari Allah untuk ke syurga.
Namun tak semua mampu melalui jambatan ini dengan senang dan selamatnya. Ini kerana ramai yang mempunyai dosa dan kesalahan semasa hidup yang mana membuatkan mereka terjatuh. Ada juga riwayat yang mengatakan titian ini mampu mengecil sehalus rambut manusia yang mana dikhaskan untuk manusia yang penuh dosa. Nauzubillah..
Dan ada juga golongan yang selamat melalui titian ini tanpa tergelincir atau terjatuh ke dalam neraka. Siapakah golongan yang dikatakan tersebut?
Di antaranya:
1. Orang yang mendaapat doa dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w
2. Orang yang tidak memperkatakan/berbincang mengenai agama Allah s.w.t mengikut pendapatdan nafsunya sendiri;
3. Orang yang memberi sedekah yang bermanfaat dan melapangkan keperluan ibu tunggal.
4. Orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dan tidak meletakkan kemewahan dunia yang dikecapi di hatinya!
5. Orang yang menjaga AMANAH dan SILATURRAHIM.