Friday, January 30, 2015

10 Kalangan Manusia Yang Solat Nya Tidak Diterima Allah S.W.T

                                    
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:
“ 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.
4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.
7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.”


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahua’lam