Saturday, January 31, 2015

Tips Mengatasi Rasa Pedas yang Melampau Ketika Makan


TIPS MENGATASI RASA PEDAS YANG MELAMPAU KETIKA MAKAN I Adakah anda seorang yang penggemar makan pedas tetapi tidak tahan? Dan juga ada diantara anda yang sedang sedaya upaya belajar untuk makan pedas dan tahan makan makanan yang pedas. Bagaimana untuk mengatasi rasa pedas yang melampau ketika makan makanan yang sangat pedas??

TIPS MENGATASI RASA PEDAS YANG MELAMPAU KETIKA MAKAN

1) Sebelum Makan
- Minum Susu
Sebelum makan makanan yang pedas, ada baiknya minum susu terlebih dahulu. Hal ini kerana, susu dapat mengurangkan rasa pedas ke dalam tubuh melalui darah. Selain itu, susu dapat mencegah cirit birit, seperti yang kita ketahui bahawa makan makanan yang pedas dapat menyebabkan penyakit cirit birit.

- Minum Minuman Yang Sejuk
Anda juga boleh minum minuman yang sangat sejuk sebelum makan. Hal ini akan menyebabkan brain freeze atau bahkan mati rasa pada lidah kita.

- Gula
Ambil setengah sudu gula dan kemudian makan atau kemam selama kurang atau lebih setengah minit. Efeknya lebih kurang sama seperti minum minuman yang sejuk.

2)Semasa Makan
- Makanlah dengan perlahan-lahan, rehat diantara satu suapan dengan suapan yang lain. Hal ini akan membuat efek zat kapsaisin pada lidah akan menurun sebelum meneruskan suapan selanjutnya.

3)Selepas makan
- Sesudah makan, sediakn kain lap mulut dan celupkan kain tersebut ke dalam air yang hangat. Kemuadian, tepuk-tepukkan kain tersebut ke atas lidah Anda. Selain itu, anda juga boleh makan sebatang dark atau white chocolate.


Berikut adalah salah satu cara untuk mengatasi rasa pedas yang melampau apabila makan makanan yang pedas. Dan sekali gus dapat membantu mereka untuk tahan makan pedas serta suka makan makanan yang pedas. Selamat mencuba. Baca Bismillah dulu sebelum makan.