Tuesday, January 27, 2015

Resepi Ayam Sweet Sour

RESEPI AYAM SWEET SOUR

Ayam Sweet Sour

BAHAN-BAHAN
  • 300g dada ayam, potong dadu
  • 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Nenas, potong dadu (pilihan anda)
  • Daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
  2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
  3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
  4. Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.