Monday, January 26, 2015

Cara Hilangkan Lingkaran Bawah Mata

                                      

Wanita, lelaki, remaja, pakcik makcik, adik-adik dan sesiapapun diluar sana menghadapi masalah lingkari hitam di bawah mata? Sudah mencuba pelbagai petua namun masih belum hilang? Jika begitu, apa kata anda mencuba kaedah yang akan disebutkan di bawah ini.

Belum cuba belum tahu.Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.
Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, jom ikuti 7 langkah di bawah ini 
  1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
  2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
  3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
  4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
  5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
  6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
  7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Cubalah anda mengamalkan petua ini setiap hari jika berkesempatan. Lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan dengan diizinNYA