Friday, May 01, 2015

TIPS MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI

Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi | Majoriti wanita memang suka memakai kasut tumit tinggi. Namun bukan semua orang rasa selesa memakainya. Kalau pakai untuk tempoh yang lama, kaki pasti terasa sakit.
Namun jika betul cara pemakaiannya, kasut tumit tinggi bukan sahaja akan membuatkan pemakai tampil lebih elegan dan feminin tetapi juga rasa selesa dan tak sakit.
Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi
Untuk artikel fesyen kali ini saya nak kongsikan lima Tips Memakai Kasut Tumit Tinggi.
1) PILIH KETINGGIAN YANG SESUAI - Pilih ketinggian tumit yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, anda boleh memilih tumit yang runcing dan tinggi. Tetapi bagi yang baru ingin mencuba memakai kasut tumit tinggi, seeloknya pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana dan agak tebal, ataupun anda boleh mula dengan memakai wedges.

2) REHATKAN KAKI - Sekali sekala kaki anda juga perlukan rehat. Tanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda. Cara ini akan memberi ruang pada kaki anda untuk ‘bernafas’ dan mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen atau ‘pad’ pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.

3) JANGAN PAKAI KASUT TERLALU LAMA - Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada empat kali seminggu jadi seeloknya anda selang-selikan dengan pemakaian kasut yang lebih selesa.

4) CARA BERJALAN - Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai flat shoes, dengan setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda.

5) BELI JENAMA DAN KUALITI TERBAIK - Biasanya kasut  berjenama dan berkualiti direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa. Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dengan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah.

6) PILIH MATERIAL YANG SESUAI - Di pasaran terdapat banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Kasut dari fabrik kulit selalunya tahan lebih lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki.
sumber info – majalah rapi
===================================================
 dfsdf
QASEH BEAUTY SET 4 IN 1

Boleh Mengatasi
  • Masalah jeragat
  • Masalah jerawat parah
  • Parut dan cela 
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kulit gelap
  • Bintik hitam

Cara Penggunaan
Langkah 1: Bersihkan muka dengan Beauty Soap. Urut secara perlahan-lahan dan bilas.
Langkah 2: Semburkan Scar Toner pada kapas muka, kemudian ratakan scar toner pada keseluruhan muka sehingga rata.
Langkah 3: Sapukan UV  Pearl Cream  pada keseluruhan muka sehingga rata pada waktu siang.
Langkah 4: Pada waktu malam, ulangi langkah 1 dan 2. Kemudian sapukan D’Kunyit krim secara nipis pada keseluruhan muka.