Barangkali mentaliti sesetengah masyarakat yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak ketika bersahur sudah sebati dengan kehidupan mereka menjelangnya Ramadan. Mungkin bimbang akan merasa letih dan lapar mengheret mereka untuk berbuat demikian. Sedangkan amalan berikut bisa mengundang kemudaratan kepada kesihatan.
Di sebalik tuntutan menahan nafsu lapar dan dahaga, ibadah berpuasa membantu meningkatkan keupayaan sistem dalaman dengan berkesan. Usah bebani tubuh anda dengan jumlah makanan yang banyak tetapi tidak diperlukan oleh badan. Sewajarnya, aturlah pelan diet secara bijak dengan memilih makanan yang sesuai.
Kekalkan corak pemakanan yang ringkas dan seimbang dalam diet Ramadan anda. Sebagai contoh, ambil makanan yang lambat dihadam atau makanan berserat tinggi yang berupaya menyokong keperluan badan selama 8 hingga 12 jam. Antara makanan yang lambat dihadam seperti barli, gandum, kekacang dan oat yang turut dikenali sebagai karbohidrat kompleks.
Banyakkan makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, bijirin, kekacang dan buah-buahan seperti kurma, apricot kering dan prun. Pastikan sajian berbuka anda mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, roti dan produk tenusu.
ELAKKAN
· Makanan bergoreng dan berlemak
· Makanan pedas
· Makan berlebihan sewaktu bersahur dan berbuka
· Minuman berkafein seperti kopi, teh atau air bergas
· Merokok
-----------------------------------------------------------------------------------------------
COVERMARK FOUNDATION
Fungsi
- Bedak asas SPF 60, melindungi dari sinaran UV
- Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
- Merawat masalah wajah yang rosak
- Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
- Tahan 12 jam dan tidak berminyak
- Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
- Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
Keistimewaan
· Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
· Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
· Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
· Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.
TESTIMONI
“Wajah berseri dan gebu jelas terserlah di hari bahagia. Mudah dipakai dan tahan lama sepanjang hari. Tidak perlu bersusah payah untuk sentiasa membaiki solekan. Inilah pilihan utama untuk saya kekal cantik dan berkeyakinan sepanjang hari. Memang terbaik !”
NURUL FASYIHIN OSMAN (LUMUT, PERAK)