Tuesday, July 14, 2015

RESEPI BISKUT RAINBOW

Bahan-Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 100 gm putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex/perangup biskut
  • pewarna : ungu, biru, hijau, kuning,oren dan merah
Cara Membuat:
  • Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex.
  • Pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim, guna mixer.
  • Masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahgian dan masukkan warna untuk setiap bahagian.
  • Masukkan adunan dalam piping bag atau bag plastik, potong muncung bag plastik dan paipkan adunan ke dalam loyang khas utk biskut lidah kucing.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit.Pastikan jangan sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah.
  • Angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Sumber: Wanista
============================================================