Thursday, July 09, 2015

BUBUR BIJI NANGKA SEMASA BERBUKA

Kuih Biji Nangka


Bubur biji nangka atau lebih dikenali dengan nama ‘Kuih Butir Nangka’ memang sedap dihidangkan waktu kita hendak berbuka puasa, tambahan pulan kalau dibiarkan  sejuk dahulu di dalam peti ais sebelum makan. Resepi yang MW ini, kuih biji nangka yang dimasukkan sedikit buah nangka untuk membangkit aroma buang nangka, jadi anda mungkin boleh mencuba dengan keunikan kuih biji nangka harum ini di rumah.

Bahan-bahan kuah:

3 cawan santan pekat 
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam - secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
 
 

Cara memasak:

  • Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana.
  • Untuk lebih kreatif, anda mungkin boleh masukkan sedikit buah nangka bagi membangkitkan bau harum buah nangka.
  • Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  • Masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.
  • Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak, kemudian api boleh ditutup.
 
 

Bahan-bahan biji nangka:

4 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam
 

 

Cara membuat:

  • Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk).
  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  • Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  • Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  • Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  • Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.
  • Kemudian angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

Siap! Jangan lupa cuba hidangkan menu ini sewaktu bulan puasa nanti, masak untuk menu petang pun sangat sedap!