Friday, July 03, 2015

KELEBIHAN DAN KEAJAIBAN AIR NABEEZ

Siapa pernah dengar mengenai Air Nabeez? Baiklah, Air Nabeez adalah air rendaman (infused water) buah kurma atau kismis. Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman di dalam bekas tertutup, dan diminum keesokkan paginya.
Manfaat Air Nabeez - Air ini merupakan minuman berakali yang mampu menolong membuang asid dari perut dan menjaga sistem pencernaan badan. Ia juga berfungsi dalam membantu menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Disebabkan Air Nabeez ini tinggi dengan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkat dan menajamkan fikiran. Selain itu, air ini juga dikatakan bagus untuk pesakit Arthritis dan Gout, kerana ia membantu menuetralkan kadungan urik asid dalam kalangan pesakit Gout.
Cara Membuat Air Nabeez - Rendamkan beberapa biji kurma (seelok-eloknya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak di dalam jug air atau gelas. Sebaik-baiknya dibuat pada waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas itu bertutup. Keesokkan paginya (sekitar 8 – 12 jam selepas direndam), air itu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut itu boleh dimakan begitu sahaja. Kurma yang elok digunakan adalah Kurma Ajwa. Namun, sekiranya tiada, apa sahaja jenis kurma yang ada boleh digunakan. Air Nabeez boleh diminum begitu sahaja atau boleh dikisar sebelum diminum. Air tersebut juga boleh diubahsuai dan ditambah dengan susu ataupun yogurt untuk dijadikan sebagai smoothie, mengikut citarasa individu. Untuk membuat Air Nabeez menggunakan kismis, ambil segenggam kismis dan direndam dalam air, dan langkah seterusnya adalah seperti yang telah dijelaskan di atas. 
Pantang Larang dalam Membuat Air NabeezHanya gunakan salah satu daripada buah-buahan tersebut dalam satu-satu masa. Tidak boleh mencampurkan buah kurma dan kismis untuk membuat Air Nabeez. Sekiranya mahukan air dari kedua-dua buah, letakkan dalam bekas yang berasingan. Air Nabeez jika disimpan di dalam peri sejuk, ia boleh bertahan selama 1 – 2 hari. Tetapi, dilarang meminum air rendaman kurma atau kismis apabila memasuki hari 2 – 3. Ini disebabkan air rendaman tersebut yang telah direndam lama akan melalui proses penapaian, sekaligus menjadikannya sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.
Sebaik-baiknya Air Nabeez dibuat segar setiap hari.
Sumber: Wanista
=====================================================

AL HAQ (2)
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ

Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan 
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t