Friday, July 10, 2015

KETUPAT SOTONG LENGKAPKAN MENU BERBUKA

Ketupat Sotong


Setiap kali tiba ramadan, bazaar Ramadan akan dipenuhi dengan pelbagai juadah. Bagi yang menggemari makanan manis, anda boleh buat sendiri kuih muih, istimewa kali ini adalah kuih dari negeri Pantai Timur, Ketupat Sotong yang mana di dalam sotong akan disumbat dengan pulut. 

Bahan-bahan:

500 gm beras pulut (direndam selama 3 jam)
10 ekor sotong
400 ml santan
200 ml air
5 keping gula melaka
½ sudu garam
2 helai daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Sotong dibuang kepala dan dibersihkan.kemudian ketepikan.
2. Kukuskan pulut hingga masak. Kemudian, ambil sotong dan sumbat pulut ke dalamnya. Sematkan sotong dengan lidi.
3. Aturkan sotong dalam periuk, tuangkan santan dan air. Masak atas api sederhana.
4. Biarkan seketika, masukkan pula gula melaka , garam dan daun pandan.
5. Setelah mendidih, tutup api.