Monday, July 06, 2015

TIP PADANAN HIJAB BERSESUAIAN WARNA KULIT

Warna kulit yang berlainan mewujudkan kepelbagaian dalam penggayaan hijab yang bersesuaian. Rona hijab yang sesuai dengan tona kulit akan membantu menaikkan seri wajah, sekaligus si pemakai akan tampil anggun dan berkeyakinan.
Ikuti panduan memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit anda seperti berikut:
1. Kulit Putih
Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya.
2. Kulit Kuning Langsat
Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam.
3. Kulit Sawo Matang
Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.
4. Kulit Gelap
Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda.
Sumber: EH
==============================================================
fr4f
SET JALINAN QASEH 2 IN 1

Boleh Mengatasi
·       Masalah Jeragat
·       Masalah Jerawat Parah
·       Parut dan Cela
·       Tona Kulit Tidak Sekata
·       Kulit Gelap
·       Bintik Hitam

 Kandungan
  • Sabun
  • Krim kunyit

Cara guna
  • Basahkan muka, ratakan buih sabun keseluruh muka. Cuci selama 2-3 minit. Bilaskan dengan air dan keringkan dengan tuala bersih.
  • Gunakan D’kunyit Krim atau Krim Jeragat pada waktu malam sahaja. Sapukan dengan rata keseluruh muka secara nipis (kecuali mata dan mulut).