Monday, July 06, 2015

KEBERKATAN BERPUASA

PUASA



Mengikut perspektif masyarakat Islam, amalan berpuasa adalah lanjutan kepada tanda kesedaran dan ketaatan kepada Allah. Ibadah berpuasa diwajibkan kepada seluruh umat Islam sebagai menghayati kehidupan golongan miskin yang terpaksa menahan lapar dan dahaga. Puasa juga membantu mendidik diri seseorang untuk mengawal hawa nafsu.

Di samping manfaat tersebut, pakar sains tidak menolak kemungkinan ibadah puasa menyumbang kepada kehidupan sihat seseorang. Melalui kajian yang dilakukan Pakar Sains Amerika Syarikat, Allan Cott M.D membuktikan berpuasa membantu menyerlahkan aura positif yang membuatkan seseorang itu kelihatan awet muda.

Umum menyedari ibadah berpuasa dapat mengurangkan lemak dalam badan seterusnya mengurangkan berat badan. Kesan lebih besar yang diperoleh hasil daripada amalan berpuasa adalah ketenangan secara fizikal mahupun mental. Secara ringkas, ibadah berpuasa memberi pulangan lumayan kepada tahap kesihatan. Ia bukan sahaja mengurangkan kadar lemak dan tekanan darah, sebaliknya turut melambatkan proses penuaan kerana tekanan dapat diatasi dengan baik ketika berpuasa.

Secara lahiriah, individu yang menunaikan ibadah puasa mempunyai daya tumpuan yang tinggi dan cergas dalam apa jua aktiviti. Baik dari segi mental mahupun fizikal, hikmah yang diperoleh itu terbit daripada kelancaran sistem badan yang teratur.

Ketika berpuasa, organ-organ di dalam tubuh dapat berehat dan memperbaharui sel-sel rosak. Tahukah anda, organ di dalam badan perlu bekerja keras setiap kali anda makan bagi memproses makanan kepada tenaga. Bayangkan bagaimana keadaan organ tersebut jika makanan berterusan masuk ke dalam badan tanpa kawalan? Sudah pasti akan menyebabkan salah satu daripada organ berkenaan rosak bukan?

Berpuasa bukan bererti mendera perut untuk berlapar. Bahkan ia perlu dijadikan batu loncatan untuk mengejar kesihatan yang baik. Ada juga yang mengambil kesempatan berpuasa untuk membuang ketagihan seperti merokok atau minum kopi berlebihan. Sudah pasti tempoh sebulan berpuasa sedikit sebanyak membantu mengurangkan tahap ketagihan tersebut. Semoga hikmah berpuasa ini menjadi panduan kepada anda menjelang bulan Ramadan nanti. Selamat menunaikan ibadah puasa! 




-------------------------------------------------------------------

pwhite

Pretty White  merupakan minuman untuk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bagi kaum hawa. Dicipta khas melalui formula baharu yang mempunyai L-Glutathione, multivitamin, 10x stem cell dan ditambah 100% pearl powder. 

RASAI PERUBAHANNYA DALAM MASA 7 HARI !!!!
Kebaikan
  • Kulit bertambah cerah dan lembap
  • Melembutkan kulit dan halus seperti bayi
  • Meningkatkan keelastikan dan keanjalan kulit
  • Mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat dan pigmentasi (jeragat) tanpa pengelupasan nyata
  • Ejen pencerahan tanpa pengelupasan atau pengeringan
  • Mengurangkan kedutan dan menutup pori-pori terbuka
  • Untuk tiduk yang berkualiti, lena sepanjang malam
  • Menjadikan kulit kelihatan segar dan berseri serta mata bersinar bak permata
  • Sesuai digunakan untuk ibu yang sedang mengandung dan insyaallah kulit ibu dan anak yang baru dilahirkan cerah dan gebu
  • Rambut indah bersinar, lembut dan sihat
  • Menjadikan kuku kaki dan tangan sihat

Cara Penggunaan
  • 2 scoop 2x sehari (pagi dan malam) sebelum makan.
  • Boleh tahan selama 3 minggu untuk permulaan.
  • untuk mantain seterusnya ambil 1scoop 2x sehari sebelum makan  (tahan 1 bulan)

Kandungan
L-GLUTATHIONE /TALAPIA COLLAGEN / MULTIVITAMIN / 10X STEM CELL /
HYALURONIC ACID (HA) / VITAMIN C/ SERBUK MUTIARA ASLI

HARGA 180>FREE
  • shaker
  • lipstik collagen pretty white
  • sheiseido mask 
  • Paperbag ekslusif pretty white