Thursday, September 03, 2015

5 IDEA MASAK UNTUK BAYI COMEL

5 Idea Masak Paling Sesuai Untuk Bayi Comel


Ibu muda mesti kena ambil tahu lebih kalau bab pemakanan bayi, terutama cara masak. Menyediakan sendiri makanan bayi tidak sukar. Asalkan anda tahu cara memilih bahan, mengolah dan menyimpan agar kualitinya terjaga.
 
 
Ok, kita lihat cara yang sesuai untuk memastikan khasiat makanan bayi terjaga:
 

1. Kukus  

Cara ini boleh mempertahankan kesegaran rasa dan khasiat makanan. Air mendidih daripada proses mengukus boleh dimanfaatkan sebagai sup atau bahan perasa untuk membuat puri. 
 

2. Rebus 

Jangan pula sampai khasiat hilang. Memasak bahan makanan dalam air hingga mendidih akan melarutkan kandungan nutrisi bahan makanan terutama jenis vitamin B dan C. Kehilangan nutrisi boleh diminimumkan dengan menggunakan air secukupnya. Sup atau air rebusan sebaiknya dimanfaatkan dalam pembuatan makanan bayi.
 

3. Stew  

Cara ini boleh mempertahankan kandungan nutrisi bahan makanan berbanding merebus. Hanya tambah sedikit air, tutup periuk dan biarkannya masak di atas api kecil.
 

4. Panggang

Memasak di dalam ketuhar juga berupaya menjaga kandungan nutrisi makanan. Lebih baik lagi jika bahan makanan dipanggang dalam bekas tertutup. Jenis bahan makanan bayi yang boleh dipanggang seperti kentang. 
 

5. Masak api perlahan

Kalau ada banyak masa atau rajin anda berganda, boleh cuba cara ini. Memerlukan enam hingga lapan jam dengan menggunakan kaedah ‘slow cooker’. Sesuai untuk membuat makanan bayi yang sangat lembut. Eloklah kalau anak baru belajar nak makan. 
     
 
 
Sebenarnya makanan bayi seeloknya disajikan segar dan segera setelah dimasak. Tetapi bagi ibu yang bekerja, pastinya ini jadi satu masalah. Jadi sesekali anda boleh membuat makanan bayi dalam jumlah banyak dan menyimpannya dengan kaedah pembekuan. Kira ok daripada anda beli makanan yang dah siap di pasar raya. 




--------------------------------------------------------------------------------------------------------

AL HAQ (2)


Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t