Wednesday, September 16, 2015

KUIH TALAM BERLAUK




Bahan-bahan (loyang 10inci):
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 biji telur

Cara membuat:
  • Kacau semua bahan dan tapis.
  • Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
  • Panaskan kukusan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  • Sejukkan dan taburkan inti, daun sup dan daun bawang.
  • Potong dan hidangkan.

Bahan inti dan hiasan:
200 gm daging/ayam kisar
2 biji kentang (potong dadu kecil)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih
1 paket rempah kari ayam/daging-
2 biji cili merah (buangkan bijinya dan cincang)
1/2 batang lobak merah disagat
Daun sup dan daun bawang (racik kecil)
2 sudu besar minyak
Garam dan sedikit gula

Cara membuat:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  • Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  • Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  • Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  • Sejukkan dan taburkan di atas adunan yang dikukus.
  • Sekiranya terdapat minyak, tos sedikit inti supaya cantik bila ditaburkan di atas permukaan kuih tadi.




---------------------------------------------------------------------------------------------

Smart IQ

SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.