Setakat ini belum ada lagi yang berani mencipta mesin senaman di atas katil. Tetapi, percaya atau tidak bahawa ketika anda tidur, anda masih boleh bakar kalori. Rahsianya adalah dengan hanya menurunkan suhu termostat keadaan sekeliling ketika anda tidur.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh National Institute of Health Clinical Center, terdapat ramai orang sihat tidur di dalam 75 darjah atau 66 darjah suhu bilik. Mereka mendapati orang yang tidur di dalam kesejukan mampu membakar kalori sebanyak tujuh peratus berbanding orang yang tidur di dalam keadaan suhu panas. Hal ini disebabkan oleh tubuh badan yang sedang bekerja untuk menaikkan suhu badan yang seimbang.

Jika anda menurunkan suhu termostat sehingga 66 darjah pada waktu tidur, anda boleh membakar sehingga 100 kalori dalam masa 24 jam waktu tidur! Meskipun kedengaran tidak banyak kalori dibakar tetapi sekurang-kurangnya ia membantu anda.

Sebenarnya, untuk menurunkan kadar kalori dalam badan tidak semestinya anda perlu melakukan senaman berat dan menjadikan gim sebagai faktor utama untuk mengurangkan berat badan. Tanpa anda sedar, perjalanan dari kereta menuju ke pejabat anda juga sudah membantu membakar kalori. Sebaiknya, elak duduk terlalu lama  kerana akan menyebabkan anda lebih banyak berehat berbanding bergerak.

Jika difikirkan semula, disebabkan itu juga ramai wanita dan gadis di negara sejuk mempunyai betis kaki yang kecil, kurus dan cantik. Cuaca sejuk telah membantu mereka kurus. Maka, selepas membaca artikel ini jangan persoalkan mengapa mereka berani dan sanggup mengenakan legging ketika keluar berjalan-jalan pada musim sejuk.

Jadi, malam ini jangan lupa pasang penghawa dingin jika anda mahu bangun dalam keadaan cantik pada keesokan harinya!




-------------------------------------------------------------------------------------------


IMG_1429 copy


Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.