Friday, September 18, 2015

DEKO RUANG MAKAN

RUANG MAKAN


Ruang makan merupakan antara ruang penting dalam sesebuah kediaman. Lantas, penataan ruang ini wajar diberikan sentuhan segar dan kemas agar dapat membangkitkan suasana tenang tatkala menikmati makanan bersama keluarga. Tuangkan imaginasi dan kreativiti anda dalam menghias ruang makan di rumah mengikut cita rasa anda.

·         Susun Atur Meja & Kerusi
Sebelum membeli perabot makan, perkara utama yang harus dipertimbangkan adalah keluasan rumah anda. Pilih perabot yang tidak terlalu besar jika ruang makan terhad. Susun letak perabot juga perlu diambilkira agar tampak relevan dan selesa.

·         Aksesori
Tambahan aksesori penting sebagai pelengkap dekorasi di ruang kediaman. Pun begitu, anda perlu bijak mengatur dan memilih aksesori yang diperlukan sahaja. Seeloknya, pilih aksesori yang menepati tema dan cita rasa anda. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan himpunan bunga segar yang minima dan tidak terlalu tinggi di bahagian tengah meja. Hiasan sebegini mampu menghidupkanmood tatkala sedang menjamah hidangan.

·         Warna
Rona keemasan, hangat atau dingin merupakan antara warna sesuai untuk ruang makan. Rona merah misalnya cukup padan dikaitkan untuk menaikkan selera makan. Selain merah, rona kuning juga sesuai jika anda menginginkan ruang makan yang ceria.  

·         Kebersihan
Kebersihan adalah aspek utama yang perlu dititikberatkan kerana ia bakal mempengaruhi selera makan seseorang. Elakkan meletak barangan yang kotor seperti tempat sampah berhampiran meja makan anda. Ia bukan hanya mengganggu pandangan mata, bahkan turut mengganggu deria bau.




----------------------------------------------------------------

Smart IQ


SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu