Mungkin ramai yang tidak percaya dengan makan amal beberapa jenis buah, perut buncit akan jadi kempis. Namun ini adalah satu rahsia dan cara yang betul untuk anda dapatkan kesan lebih cepat. Berikut 5 jenis buah diet yang efektif membantu menghilangkan perut buncit jika anda rajin makan dalam 15 hari sahaja.
 
 

1. Tembikai

Buah kaya air ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, yang sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh badan yang menyebabkan perut kembung.
 
 

2. Pisang

Pisang yang kaya kalium/potasium boleh mencegah terbentuk gas di dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Pisang juga membuat perut kenyang sehingga anda mampu kawal makan berlebihan.
 
 

3. Avokado

Avokado kaya enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, iaitu membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin di dalam perut.
 
 

4. Nenas

Buah nenas kaya enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah nenas juga mampu membersihkan usus dari lemak yang berkumpul dan sisa lain di dalam pencernaan kerana jenis berserat. Malah nenas juga kaya kalium yang membantu membuang air yang ada di dalam perut.
 
 

5. Betik

Jika pencernaan bagus, perut anda tidak mudah kembung dan buncit. Kalau amal makan betik, sistem pencernaan anda tidak akan terganggu dan tahukah anda betik muda lebih banyak enzim sehingga mampu membersihkan sistem pencernaan.
 
 
 
Wanita, bukan mudah kita nak tolak tepi nasi. Tambah pula kalau jenis lidah Melayu. Namun kalau anda mahu perut kempis lebih cepat, kena pastikan 5 jenis buah ini ada di dalam peti. Buah-buahan tersebut juga sangat bagus dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.