Thursday, September 17, 2015

SYDNEY DAN MELBOURNE

DESTINASI


Terkenal sebagai pelabuhan terkenal dengan pesisiran pantainya yang indah, Sydney turut diselimuti keindahan alam semula jadi buat penggemar acara outdoors. Nikmati momen bulan madu sambil menaiki feri yang melintasi Sydney Opera House dan Harbour Bridge, berkayak di tepo pantai atau berkelah dalam suasana romantis di Bondi Beach.

Khusus buat pasangan yang menggemari label-label mewah, kunjungan ke Castlereagh Street, Sydney pasti membuatkan anda terbayang akan suasana di Fifth Avenue, New York. Di sinilah terletaknya butik-butik rumah fesyen antarabangsa seperti Jimmy Choo, Louis Vuitton dan Chanel. Jika anda tercari-cari hadiah perhiasan kemas buat wanita tercinta, terdapat juga butik Tiffany & Co dan Bvlgari selain butik perhiasan kemas tempatan seperti Canturi, Cerrone dan Paspaley.

Tidak sah lawatan anda ke Sydney jika tidak menjejak Bondi yang terletak berhampiran pantai. Pelbagai butik-butik boleh didapati di sini selain kedai peralatan elektronik dan barangan dekorasi rumah yang popular. Tidak dilupakan butik hip oleh label Australia yang eksklusif seperti Scanlan & Theodore, Ksubi dan Ginger & Smart buat para fashionista.

Sering digelar sebagai bandar Eropah di Australia, Melbourne menawarkan bancuhan baru dan lama terkenal sebagai destinasi menjamu selera serta kota fesyen yang glamor. Di sini terdapat banyak butik butik fesyen kecil, kafe comel dan galeri seni kontemporari. Kedamaian Sungai Yarra yang mengalir di tengah kota ini turut menjadi tarikan utama untuk pengunjung bersantai atau menyusuri air.

Melbourne membawakan pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, galeri dan muzium state of the art, tapak warisan sejarah serta seni bina yang mengagumkan, semuanya menanti untuk diterokai! Jangan lepaskan peluang untuk melawati Federation Square, Melbourne Aquarium, Melbourne Musesum, Art Centre Melbourne, Melbourne Zoo dan Melbourne River Cruise.

Menariknya di Melbourne, kebanyakan lorong-loring berjalan kaki di sini menjadi lokasi jualan buku-buku dan butik indie yang menjual kasut sniker Jepun dan pakaian jalanan. Golongan lelaki pasti teruja untuk berbelanja di Incu, sementara golongan wanita yang mengikuti perkembangan fesyen boleh menjenguk ke butik pereka Arabella Ramsay. Selain itu, terdapat banyak butik pereka, alat tulis buatan tangan dan sebagainya boleh ditemui di Crossley Street dan Degraves Street.



-----------------------------------------------------------

SERUM JALINAN QASEH


Vitamin C Serum + Collagen boleh lembapkan kulit  dan menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Selain itu, ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
 
Keistimewaan
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah dengan lebih efektif
  • Meremajakan kulit wajah
  • Mencerah dan menyekata warna kulit wajah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kedutan