Bedak asas yang tepat akan menyempurnakan solekan seterusnya menyerlahkan kecantikan semula. Jom kenali jenis cara tepat memilih produk ini.
Bagi anda yang mahukan menjimatkan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita berkerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.
- Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan pada kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit, ertinya anda memilih warna yang betul.
- Jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan tidak tampak semula jadi.
- Ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit tangan.
- Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span atau hujung jari.
- Jika anda berkulit kering, campurkan bedak asas dengan sedikit pelembap dan gaul sebati sebelum menyapu pada wajah.
- Ada yang memakai bedak asas berlebihan kononnya untuk menutup cela pada wajah dengan lebih baik. Cara ini salah sama sekali dan hasilnya solekan tampak tidak natural.
- Sekiranya bedak asas tidak sekata, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.
- Anda juga boleh menggunakan berus untuk menyapu bedak asas pada wajah.
- Pilih berus yang diperbuat daripada bahan sintetik agar tidak menyerap bedak. Gunakan berus yang nipis di bahagian hujung agar bedak asas mudah disapu pada wajah.
- Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak dilakukan mengikut liang roma. Jangan melawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Fungsi
- Bedak asas SPF 60, melindungi dari sinaran UV
- Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
- Merawat masalah wajah yang rosak
- Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
- Tahan 12 jam dan tidak berminyak
- Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
- Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
Keistimewaan
· Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
· Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
· Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
· Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.