Thursday, January 22, 2015

TIPS KECANTIKAN DALAMAN

air
1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

yoga-stretch
2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.


overcome-teenage-smoking


3.    Jangan merokok. 
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?



051810_SleepGirl

4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
natural-beauty-opener-lg


5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
1200caloriedietmenu

6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

spa4

7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

Listening-to-Music

8.    Elakkan stress. 
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

confident-woman
9.    Don't worry, be happy. 
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

laughing-women-friendship-greetings

10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.









Tuesday, January 20, 2015

Video Caliph Buskers Nyanyi Lagu Romancinta Di AJL29

Nampaknya pencipta lagu Romancinta yang dipopularkan oleh Mojo, Edry Abdul Halim punya idea tersendiri untuk persembahan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), malam ini.
Edry telah memilih sekumpulan pemuzik jalanan atau buskers yang menggelarkan diri mereka Caliph Buskers untuk berkolaborasi bersama-sama kumpulan Mojo, memetik laporan Murai.com.
Uniknya, anggota Caliph Buskers terdiri daripada insan-insan berbakat besar yang cacat penglihatan.
Bagaimanapun, mereka sudah acapkali membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Bagi kami, kemampuan kumpulan Caliph Buskers ini tidak perlu diragui terutama vokalisnya, Azmi Saat yang pernah menyanyikan lagu tersebut di khalayak ramai sebelum ini.
Memang mantap vokalnya. Kalau tak percaya, jom tonton video ini!
(KLIK LINK)

SUBSCRIBE JALINAN QASEH DI YOUTUBE SEKARANG!

Tuesday, November 25, 2014

Promosi pakej perkahwinan dan lulur herba





PROMOSI RAWATAN SUDAH KEMBALI....dapatkan pakej rawatan pengantin hanya Rm 130.00 sahaja...dan rawatan Lulur herba hanya Rm 60.00

Tuesday, November 18, 2014

PROMOSI GEMPAK KEMBALI LAGI MENGHANGATKAN HARI2 ANDA.






Dah start dah arini promosi gempak ni, 18hb sampai 5hb Jan tahun depan. So cepat2 lah datang ke HQ Jalinan Qaseh dan serbu barang2 harga termurah di pasaran ye! Siapa yang nak kejar waktu Happy Hours tu, ni dia waktu2nye kot2 dah terlupa

 ISNIN: 10AM-12PM

SELASA: 12PM-2PM
RABU: 2PM-4PM
KHAMIS: 4PM-6PM
JUMAAT: 6PM-8PM
SABTU & AHAD: 10AM-11AM & 8PM-9PM

Selamat membeli dan membelah!

Friday, November 14, 2014

khasiat epal hijau

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Andadigalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Thursday, November 13, 2014

Dah try??





Dah try?? kenapa tak try lagi? rugi....
Glo'ra Cappucino ni kopi kecantikan untuk wanita yang suka minum kopi tapi takut sebab orang kata kopi tak baik untuk penghasilan kolagen.. tapi dengan glo'ra Cappucino ni, tak payah risau semua tu.. sebab minum kopi ni memang terbukti kulit kita akan jadi lebih halus, mulus, berseri. Rasa sedap sangat.. sebab kita menggunakan cappucino, lebih up sikit dari kopi2 biasa. Sekali minum mesti nak lagi.. dapatkan di Jalinan Qaseh sekarang! 

Sunday, November 02, 2014

Rahsia Disebalik Jerawat Yang Tumbuh

Jerawat biasanya tumbuh kerana faktor hormon dan juga kebersihan kulit. Fahaman kita mengatakan kulit yang terdedah kepada serangan bakteria dan berminyak memang mudah ditumbuhi jerawat. Tapi tahukah kita, setiap jerawat yang tumbuh itu mempunyai rahsia mengikut lokasi dimana ia tumbuh.
1) DAHI:
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih dan stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup danjangan lupa  minum air yang  banyak.
2) HIDUNG:
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
3) DAGU:
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
4) PIPI KIRI:
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk menghadapi masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan hemoglobin darah.
5) PIPI KANAN:
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
6) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN):
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memmastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Bukan saja tahi lalat je ada rahsianya, jerawat pon ada rahsia tersendiri. Tapi sejauh mana kebenaran tu kurang pasti lah kan sebab kadang kadang tak da jerawat pon boleh je terdedah dengan masalah masalah kesihatan.