Friday, January 23, 2015

Khasiat Collagen

Collagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaankolagen adalah lebih kurang mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Kolagen adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Perkataan kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).

Berikut ialah kebaikan penggunaan collagen:
                                 

Oleh itu, diantara collagen yang amat baik ialah MARINE COLLAGEN dan PRETTY WHITE kerana dengan penggunaan dapat menjaga kesihatan dalaman dan luaran..Bolehlah anda mencubanya dan lihat sendiri kesannya..












Buah kiwi selalunya dikaitkan dengan New Zealand. Walaupun New Zealand merupakan pengeluar dan pengeksport kiwi utama dunia(sila betulkan jika fakta ini salah), namun buah kiwi bukanlah berasal dari negara tersebut, tetapi ia berasal dari China. Kini buah kiwi merupakan antara buah-buahan yang digemari di serata dunia. Rasanya yang enak dan khasiatnya yang tinggi menyebabkan ia semakin digemari. 

Kajian dari Universiti Rutgers , Amerika Syarikat menunjukkan buah kiwi memiliki kandungan nutrien paling padat berbanding 27 buah-buahan kegemaran ramai yang lain.

Malah, kajian oleh American Heart Association mendapati, pengambilan tiga biji buah kiwi setiap hari mampu mencegah daripada terkena serangan jantung. Ia juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi atau hipertensi .

Buah kiwi sebenarnya amat kaya dengan vitamin c ,malah tiga kali ganda berbanding dengan kandungan vitamin c dalam buah oren.

Buah kiwi juga membantu mengelakkan sembelit. Ini memandangkan ia mengandungi dua gram serat larut yang berperanan melancarkan pergerakan usus. Serat larut juga membantu dalam penyerapan air dan menyebabkan pembuangan najis menjadi lebih lancar. Selain itu, serat larut yang didapati dalam buah kiwi juga turut membantu mengawal kandungan gula, mengurangkan kolestrol dan menyihatkan usus gastrousus. 

Buah kiwi juga kaya dengan enzim semulajadi yang membantu proses penghadaman protein makanan daging, tenusu dan kekacang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan masalah kembung perut . 

Jom! marilah kita menjadi pengemar buah kiwi. 

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 
 
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.
 
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 
 
4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 
 
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
 
Wallahua'lam.

Thursday, January 22, 2015

Whats App Perkenal Servis Di Pelayar Web


      

Aplikasi pesanan telefon bimbit popular WhatsApp yang dibeli oleh Facebook tahun lalu pada nilai ASD22 bilion memperkenalkan satu perkhidmatan baru iaitu menghantar pesanan menerusi pelayar web pada Rabu.

WhatsApp yang dikatakan memiliki lebih 500 juta pengguna berkata servis itu memerlukan capaian internet ke telefon untuk berfungsi.

"Versi di web merupakan lanjutan ke telefon anda: pelayar web akan menduakan setiap perbualan dan pesanan dari peranti telefon bimbit yang bermakna setiap pesanan anda akan terus berada di dalam telefon bimbit," kata WhatsApp dalam satu entri blognya.

Namun demikian, servis terbaru itu hanya berfungsi menerusi pelayar web Google Chrome dan tidak terdapat untuk pengguna iPhone ekoran kekangan di platform Apple," menurut WhatsApp.

Facebook pada Oktober berjaya memiliki WhatsApp menerusi pertukaran stok dan tunai.

Pengambilalihan ini menekankan pertumbuhan yang menakjubkan dalam pesanan mudah alih tetapi turut menimbulkan pertanyaan di kalangan penganalisis kerana harga yang dibayar oleh Facebook dan rancangan masa depan bagi perkhidmatan tersebut.


Cara Orang Jepun & Korean Jaga Muka

                                                                       

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus. 

2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah. 


3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

  
4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Makanan Sihat

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan..

                           

Oleh itu, marilah sama2 kita mengamalkan sunnah nabi tidak semestinya dari perbuatan malah boleh juga dengan mengamalkan makanan yang disuka oleh Nabi SAW. Dengan ini, kita akan mendapat pahala serta badan akan sihat dan dapat meningkatkan amal ibadah kepada Allah...

Sehubungan dengan itu, saya ingin memperkenalkan minuman kesihatan yang mengandungi 15 herba yang berkhasiat yang diantaranya terdapat makanan sunnah Nabi SAW seperti madu, kismis, kurma, delima dan banyak lagi . Minuman tersebut ialah JUS AL-SALAM..


JUS LAVERA

Sedap dan Berkhasiat.........

CH LA PA_R3 copy
MAMPU MENGATASI.....


  • Buasir,sakit sendi
  • Urat,lemah otot
  • Tekanan darah,Migrain,Gastrik
  • Masalah ketumbuhan,kebas kaki dan tangan
  • Memberi tenaga
  • Masalah luka luaran dan dalaman
  • Mengurangkan kolestrol
  • Sakit kulit
  • Mencegah kanser prostat
  • Mencergaskan badan
  • Mencantikkan kulit menjadi putih dan gebu
  • Menguatkan imunisasi badan