Tuesday, May 05, 2015

40 PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH

Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan. Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. 
Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:
1. Syirik
2. Meninggalkan Solat fardu
3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
4. Enggan mengeluarkan zakat
5. Enggan menunaikan haji
6. Murtad
7. Kufur terhadap Allah
8. Mengingkari takdir Allah
9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
11. Tawakal selain Allah
12. Memperhambakan Manusia
13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman
manusia
16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
18. Mempermainkan kesucian agama
19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
22. Mengkafirkan sesama muslim
23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
26. Munafik (Nifak)
27. Beramal dengan riak
28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
29. Membuat peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk
Allah dan RasulNya
30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
31. Menghina sahabat Rasulullah saw
32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
37. Mempercayai tukang tenung
38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
39. Mempercayai kuasa azimat
40. Bersumpah dengan selain nama Allah

Wallahu ‘alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah
Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.
Sumbangan Dato’ Hj Mohd Alias Dato’ Latfi