Monday, May 04, 2015

TIP TAMBAHKAN BERAT BADAN

Bentuk badan yang terlalu kurus tidak indah dipandang mata. Tapi kalau bentuk tubuh terlalu ‘comel’ pun tidak elok juga. Tapi apakah cara terbaik buat kamu yang terlalu kurus untuk miliki bentuk tubuh yang lebih berisi dan ideal? Amalkan pengambilan ini!

➩ AIR PUTIH
Minuman seperti kafein atau berkarbonat mampu membuatkan badan kamu cepat naik kerana kandungan gulanya. Namun bukan itu yang kamu perlukan. Sebaliknya, tukarlah ia dengan minuman berjus yang punyai lebih manfaatnya. Manakala air putih pula jadikan sebagai minuman utama kerana ia berkhasiat untuk neutralkan pelbagai toksin dalam tubuh.

➩ MAKANAN BERLEMAK
Jangan ingat semua lemak tidak baik untuk tubuh. Lemak juga diperlukan tubuh sebagai sumber tenaga kerana dapat menjaga kesihatan rambut, fungsi saraf dan juga kulit. Misalnya lemak yang mengandung omega 3 dan 6 adalah jenis lemak yang baik untuk kesihatan serta membantu menjaga jantung.

➩ AMALKAN DAGING
Protein adalah mineral yang baik untuk menaikkan berat badan. Protein digunakan tubuh untuk membentuk otot, struktur organ serta menjaga fungsi imun. Daging merah adalah salah satu sumber protein yang baik untuk badan kamu asalkan tidak diambil secara berlebihan. Pilih daging potong yang segar.

➩ BANYAKKAN KARBOHIDRAT
Tubuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga jika kamu ingin menaikkan berat badan. Pengambilan makanan dengan kandungan karbohidrat yang cukup seperti buah, gandum, dan sayuran perlu dimakan lebih kerap agar dapat menaikkan berat badan dengan cepat.

➩ KUKUHKAN OTOT
Tubuh memerlukan mineral penting seperti zat besi, kalsium, fosforus,iodin natrium, serta kalium yang boleh didapati daripada buah, kekacang, sayur, daging merah, keju, susu dan juga garam. Mineral berfungsi untuk membantu menjaga kepadatan tulang dan gigi serta untuk membentuk hemoglobin selain mengatur kelancaran kerja pada otot.
=======================================================

AL HAQ (2)
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ
Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t