Saturday, May 02, 2015

6 PERKARA MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH

Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :
1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.
2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa mushibah, maka dia mengeluh diatas tindakan  Allah SWT.
3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.
4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.
5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.
6-  Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 370.