Friday, June 26, 2015

CARA MENCEGAH BAU MULUT KETIKA BERPUASA

Ketika berpuasa seringkali timbul masalah bau mulut yang tidak boleh dihindari. Tetapi tahukah anda, bau mulut tersebut berpunca daripada makanan tertentu yang anda makan ketika bersahur dan berbuka puasa.
Di bulan puasa adakalanya kita menikmati makanan yang terlebih nutrisi makro seperti karbohidrat dan lemak serta kurang mengambil vitamin dan mineral.Selain itu, kekurangan cecair serta kurangnya penjagaan gigi dan mulut boleh menyebabkan bau mulut ketika berpuasa. Bau mulut boleh disebabkan oleh keadaan gigi yang kurang diberi perhatian terhadap kebersihannya. Keadaan di bawah mulut dengan lidah yang bermasalah juga boleh menjadi punca bau mulut.Di bulan Ramadan ini ada baiknya jika anda lebih menitikberatkan soal kebersihan mulut dan menjaga pemakananan anda. Ia merupakan salah satu cara mencegah bau mulut di bulan puasa. Di samping itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran ketika bersahur dan jauhi makanan bergas serta mengandungi banyak lemak.
Berikut beberapa cara mencegah bau mulut ketika berpuasa yang boleh anda amalkan:
  • Minumlah banyak air putih, paling kurang 8 gelas ketika malam hari, termasuk ketika bersahur dan berbuka puasa. Air putih mampu meningkatkan pengeluaran air liur yang akan menjaga kebersihan mulut. Perkara ini dapat membantu mencegah masalah bau mulut.
  • Menggosok gigi dan lidah dengan baik dan sempurna. Gosok gigi secara teratur teratur dan bersihkan lidah dengan cara yang betul. Bermakna anda telah membersihkan sisa – sisa makanan di mulut yang berpotensi menyebabkan bau mulut tidak sedap.
  • Cuba minum teh hijau tawar (tanpa gula)sesudah makan, termasuk setelah bersahur. Teh hijau tawar tersebut memiliki zat ‘polyphenol’ yang mampu membasmi bakteria penyebab bau mulut pada rongga mulut dan saluran pernafasan.
  • Hilangkan kebiasaan merokok. Merokok ketika berbuka puasa dan sahur merupakan salah satu penyebab utama masalah bau mulut yang tidak sedap ketika berpuasa di siang hari. Hindari kebiasaan merokok merupakan salah satu cara mencegah bau mulut ketika berpuasa.
  • Gunakan ubat kumur. Selain menggosok gigi dan lidah, anda boleh menggunakan ubat kumur atau ‘mouthwash’ bagi memastikan mulut anda benar-benar bersih daripada sisa makanan maupun bakteria penyebab bau mulut.
  • Jangan makan makanan yang baunya menyengat ketika bersahur seperti jering dan petai.
  • Pengambilan yogurt pada setiap hari boleh mencegah bau mulut. Yogurt boleh mengatasi bakteria penyebab bau mulut serta mengurangkan plak dan penyakit gusi. Sebaiknya pilihlah ‘plain yogurt’.

Sumber: http://www.wom.my/kesihatan/bau-mulut-ketika-berpuasa/#ixzz3e8rHmjXR 

============================================================
 CH LA PA_R3 copy
JUS LAVERA

Mampu Mengatasi

  • Buasir
  • Sakit sendi dan urat, lemah otot
  • Gout
  • Menormalkan tekanan darah
  • Migrain
  • Gastrik
  • Masalah ketumbuhan
  • Kebas kaki dan tangan
  • Memberi tenaga
  • Masalah luka luaran dan dalaman (ulser)
  • Batu karang
  • Menguatkan rahim
  • Mengurangkan kolesterol
  • Muka berparut, jeragat dan jerawat
  • Sakit kulit
  • Pedih ulu hati
  • Mencegah kanser prostat
  • Mencergaskan badan
  • Anti penuaan
  • Masalah sembelit
  • Mencantikkan kulit badan
  • Mengejabkan tubuh
  • Menerangkan mata
  • Menguatkan imunisasi badan
  • Minuman untuk wanita berpantang

Bahan-bahan

* Kalogen
  • mengurangkan tekanan darah tinggi
  • mencantikkan kulit
  • mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
  • menegang, mencerah dan awet muda
* Aloe Vera
  • menghentikan kanser colon
  • menurunkan gula dalam darah
  • merawat organ dalaman
  • menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
  • mengatasi masalah sembelit dan buasir
  • merawat masalah ketumbuhan
* Acerola
  • merawat demam
  • menjaga hati dan sistem buah pinggang
  • mengatasi kencing manis
  • merawat jantung dan mengatasi anemia
  • merendahkan tahap kolestrol
* Gamat
  • membantu sistem pernafasan (asma dan lelah)
  • membantu menyembuhkan luka dan ulser dalaman
  • baik untuk paru-paru
  • menguatkan tulang rawan baru
  • merawat pelbagai penyakit dalaman dan luaran
* Kunyit
  • anti kanser
  • pengeluaran sel darah merah
  • merawat sakit kuning
  • menghilangkan parut
  • mengecutkan rahim
* Halia
  • merawat barah ovari
  • mencegah kanser
  • melegakan pedih ulu hati
  • mencegah kencing manis
* Madu
  • memberi tenaga
  • mempunyai 1000 khasiat kesihatan
* Mineral

  • membekalkan oksigen sel-sel badan
  • menyelesaikan masalah kelesuan
  • mencegah kanser

Thursday, June 25, 2015

TIP MEMILIH TUDUNG RAYA


1. Paling penting adalah untuk memilih fabrik yang bersesuaian dan mudah menyerap peluh seperti kain kapas.

2. Sebolehnya elakkan dari memakai tudung dan baju bercorak warna yang sama. Bukan tak boleh, tapi sekali sekala mengenakan fesyen color-block apa salahnya. Pasti anda akan tampil lebih ceria dari yang lain.

3. Elakkan pemakaian tudung bewarna gelap dan kusam kerana ia membuatkan imej remaja anda tampak lebih berusia.

4. Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang bewarna garang dan polos.

5. Bagi si dara yang berwajah bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkanwajah anda kelihatan penuh dan agak tidak kemas.

6. Untuk mendapatkan penampilan yag lembut tetapi ceria dan berani, pilihlah tudung polos atau kosong dengan warna neon yang semakin popular kini.

7. Bagi si dara yang berkulit putih, anda diyorkan memakai tudung bewarna terang seperti warna-warna neon kerana ia sesuai dengan imej remaja anda.

8. Anda yang berkulit kuning langsat pula, pemakaian tudung bewarna biru, soft pink dan purpleakan menyerlahkan lagi keserian wajah.

9. Tidak lupa buat si dara yang berkulit sawo matang, jangan berasa takut untuk menggayakan warna-warna terang seperti hijau dan kuning. Warna terang akan membantu anda untuk kelihatan lebih cerah dan terang. Cuba elakkan dari memakai warna gelap dan pudar kerana wajah anda akan tampak kusam.

10. Jangan lupa untuk memilih aksesori tudung seperti kerongsang dan pin yang sesuai. Bagi tudung yang polos, anda disarankan untuk memakai kerongsang sebagai perhiasan tambahan.

Sumber: Dara
==================================================
pwhite
PRETTY WHITE
Pretty White  merupakan minuman untuk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bagi kaum hawa. Dicipta khas melalui formula baharu yang mempunyai L-Glutathione, multivitamin, 10x stem cell dan ditambah 100% pearl powder. 

RASAI PERUBAHANNYA DALAM MASA 7 HARI !!!!
Kebaikan
  • Kulit bertambah cerah dan lembap
  • Melembutkan kulit dan halus seperti bayi
  • Meningkatkan keelastikan dan keanjalan kulit
  • Mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat dan pigmentasi (jeragat) tanpa pengelupasan nyata
  • Ejen pencerahan tanpa pengelupasan atau pengeringan
  • Mengurangkan kedutan dan menutup pori-pori terbuka
  • Untuk tiduk yang berkualiti, lena sepanjang malam
  • Menjadikan kulit kelihatan segar dan berseri serta mata bersinar bak permata
  • Sesuai digunakan untuk ibu yang sedang mengandung dan insyaallah kulit ibu dan anak yang baru dilahirkan cerah dan gebu
  • Rambut indah bersinar, lembut dan sihat
  • Menjadikan kuku kaki dan tangan sihat

Cara Penggunaan
  • 2 scoop 2x sehari (pagi dan malam) sebelum makan.
  • Boleh tahan selama 3 minggu untuk permulaan.
  • untuk mantain seterusnya ambil 1scoop 2x sehari sebelum makan  (tahan 1 bulan)

Kandungan
L-GLUTATHIONE /TALAPIA COLLAGEN / MULTIVITAMIN / 10X STEM CELL /
HYALURONIC ACID (HA) / VITAMIN C/ SERBUK MUTIARA ASLI

STRATEGI KHATAM AL-QURAN


Sumber: Mariafirdz

MESTI CUBA!!!! CARA-CARA NAK CEPAT KURUS DI BULAN PUASA

Bulan puasa adalah waktu terbaik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi, anda memerlukan trik yang tepat  supaya apa yang anda harapkan ini terlaksana dengan sempurna.Masih mahu meneruskan misi kuruskan badan dengan cepat di bulan puasa? Jom,cuba praktik cara-cara nak kurus yang telah sediakan ini.
  1. Tetap Kena Banyak Minum Air Putih
Jaga keseimbangan cecair di dalam tubuh anda agar tetap hidrasi. Biasakan untuk minum air putih 8 gelas setiap hari. Bermakna 2 gelas di saat berbuka puasa dan bersahur. Manakala 4 gelas lagi adalah waktu antara berbuka puasa dan bersahur, iatu  pada malam hari. Pengambilan air putih sesuai dengan keperluan akan membuat tubuh anda bebas dari dehidrasi sehingga anda tidak mudah beras haus. Hidrasi yang baik juga akan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan manis ketika berbuka.
  1. Berbuka Dengan Makanan Yang Ringan & Seimbang
Ramai yang cenderung untuk melakukan aksi balas dendam ketika berbuka puasa. Dengan sengaja dan penuh semangat anda menghabiskan semua makanan yang terhidang di meja tanpa rasa bersalah. Cuba kawal diri dan nafsu makan anda dan berbuka puasa makanan yang ringan serta seimbang.Jamahlah terlebih dahulu 2 biji kurma dan satu mangkuk kecil sayuran bening, setelah menunaikan solat, beberapa jam kemudian, barulah anda makan makanan berat.
  1. Jangan Lupa Bersahur
Cara-cara nak kurus di bulan puasa, tidak menyarankan anda meninggalkan waktu bersahur. Di saat tubuh anda kosong kerana tidak bersahur hanya akan membuatkan anda tidak mampu untuk membalas dendam ketika waktu berbuka puasa nanti.Perut yang kosong akan menstimulusikan fikiran anda untuk  untuk mencuba pelbagai makanan, sehingga tanpa anda sedari anda sebenarnya sudah terlalu kenyang. Oleh sebab itulah, anda perlu bersahur.
  1. Tetap Beraktiviti
Berpuasa tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan. Meskipun berpuasa anda tetap juga perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa, contohnya belajar atau bekerja. Puasa membuatkan pengeluaran lemak mengalami peningkatan untuk berubah yang mana lemak sebagai energi. Jadi, anda disarankan melakukan sedikit senaman berat setelah berbuka puasa.
  1. Hindari Pengambilan Gula Buatan
Tidak hairan berat badan anda terus mengalami kenaikan, jika anda terus mengambil makanan manis. Makanan manis menjadi faktor utama penyebab berat badan naik. Buat sementara waktu, cuba hindari pengambilan makanan ataupun minuman manis dari pemanis buatan, seperti sirap. Gunakan gula secukupnya saja, jika boleh gunaan gula diet atau ganti pengambilan gula dengan kurma dan buah-buahan.
Sumber: http://www.wom.my/kecantikan/cara-cara-nak-kurus/#ixzz3e3PIW7aM 
==============================================================
IMG_1429 copy
MARINE COLLAGEN

Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Wednesday, June 24, 2015

GANJARAN BERPUASA

Fadhilat Puasa

Sumber: Mariafirdz

MENU 10 MINIT SAHUR

Bangun seawal 4 pagi hanya untuk memasak buat hidangan sahur mungkin sukar bagi sesetengah dari kita terutama jika perlu masak hidangan lengkap dengan lauk pauk. Mungkin selera awal pagi juga tidak seperti waktu iftar membuatkan anda untuk lebih memilih hidangan ringan, mengenyangkan dan paling penting mudah disediakan. Jom cuba beberapa menu sahur yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk penyediaannya dan cukup menyelerakan!

Roti gandum bersama salad dan telur mata

sandwich

Untuk lebih enak, bakar roti gandum atau lebih dikenali sebagai wholemeal bread terlebih dahulu. Hiris nipis tomato serta sayur salad. Panaskan kuali berserta sedikit minyak dan goreng telur mengikut kuantiti yang anda inginkan. Satukan kesemua bahan menjadi sandwic. Tambah sedikit sos cili atau tomato untuk lebih kelazatan. Telur kaya dengan kandungan protein untuk memberikan lebih banyak tenaga pada tubuh.

Omelet telur bersama bayam serta keju

Omelet with spinach, cheese and roasted tomatoes

Panaskan kuali bersama sedikit minyak masak. Pecahkan telur serta pukul sebati di dalam mangkuk. Taburkan sedikit garam berserta serbuk lada hitam. Goreng telur ke dalam kuali yang sudah panas dan goreng sehingga menjadi omelet. Tambah sedikit hirisan sayur bayam dan keju untuk lebih keenakan.  Hidangkan bersama roti tortilla untuk memadatkan hidangan sahur anda. Bayam merupakan sayuran yang kaya dengan kandungan zat besi yang dapat membekalkan tenaga pada tubuh.

Roti gandum bersama sapuan mentega kacang dan hirisan pisang
02E94221

Mentega kacang secara amnya kita tahu yang ia tinggi dengan kandungan serat, protein dan sumber vitamin serta kalsium. Pisang pula kaya dengan sumber tenaga yang boleh bertahan lebih lama dari gula. Sapu rata mentega kacang ke atas dua keping roti gandum, letakkan hirisan pisang dan hidangkannya seperti sandwic.

Roti gandum bersama kacang panggang serta keju
02E87980

Letakkan dua sudu kacang panggang ke atas roti gandum. Layangkan keju ke atas kacang panggang. Sediakan ketuhar gelombang mikro ke suhu yang paling maksimum. Panaskan hidangan tersebut selama 45 saat sehingga keju mencair dan kacang panggang cukup panas. Hidang ketika sahur bersama jus mangga atau susu untuk lebih pembekal tenaga.

Sumber: EH
====================================================

AL HAQ (2)
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ
Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t

10 PERATURAN MENJAGA KULIT

Jika anda menginginkan kulit yang tidak bermasalah serta sentiasa sihat dan bersih dari sebarang jerawat atau penuaan, usah terlalu malas dengan penjagaan rapinya. Sememangnya kulit sekali-sekala perlukan rawatan di spa, namun tatkala di rumah juga perlukan penjagaan yang rapi agar kulit tidak mudah bermasalah.


Lindungi kulit dari cahaya matahari
Untuk memastikan kulit sentiasa sihat, jangan sesekali keluar rumah tanpa menggunakan sebarang krim tabir suria. Gunakan krim pelindung selaran UV yang tinggi dengan kandungan SPF, seeloknya 50 ke atas dan PA+++ untuk melindungi kulit daripada sinara UVA.

Gunakan sabun yang lembut
Adakah kulit anda menjadi kering terutama sekali selepas mandi? Amatlah penting untuk menggunakan sabun yang lembut kandungannya dan bebas buih. Selalunya sabun yang menghasilkan banyak buih tinggi dengan kandungan bahan kimia lantas menjadikan kulit kering dan tidak berseri, jadi seeloknya elakkan dari menggunakannya serta cari krim mandian susu kambing.

Gunakan pancuran dan elakkan takungan air
Pancuran air sebenarnya lebih elok berbanding mandian dalam tab kerana ia akan membuat kulit dihidrat. Bukanlah tidak boleh langsung, tetapi seeloknya kurangkan. Pastikan air pancuran bersuhu suam dan tidak terlalu panas, kerana air panas hanya akan mengeringkan kulit.

Keringkan kulit
Sebelum selesai mandi, pastikan badan anda dibilas bersih dari buih sabun kemudian keirngkan badan menggunakan tuala dengan teknik ‘patting’ bermula dari badan hingga ke kaki. Jangan sesekali menggosok dengan kuat melainkan anda mahu kulit anda menjadi kering dan mengelupas.

Lembapkan kulit setiap hari
Jadikan pemakaian losen atau pelembap sebagai rutin harian anda. Selepas anda keringkan badan, lumurkan losen yang sesuai dengan kulit anda. Ia akan membantu mengembalikan lapisan ‘hydrolipidic’ yang bertindak melindungi kulit.

Lindungi kulit di tempat sejuk
Sekiranya anda bercuti ke tempat yang sejuk, pastikan anda memakai baju panas yang secukupnya. Yang paling penting lindungi tangan anda, ini kerana cuaca yang sejuk ditambah pula dengan sinaran matahari menjadikan peratus kulit anda lebih kering sangat tinggi.

Minum air yang cukup
Untuk kulit kekal cantik dan bersinar, kulit anda memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Amalkan pengambilan air teh di waktu pagi , air mineral untuk sepanjang hari dan teh herba di malam hari.

Amalkan pemakanan sihat
Pemakanan yang sihat dan diet seimbang adalah bagus untuk badan, malah kulit juga akan menerima kebaikan yang sama. Setiap hari anda perlu makan buah-buahan dan sayuran yang mana ia kaya dengan antioksida, lantas dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sihat.

‘Beauty sleep’ 
Tidur yang cukup adalah seperti tujuh, lapan dan sembilan jam sehari. Jika cukup tidur anda, maka cukuplah ia memberikan kebaikan pada kulit, hasilnya kulit akan jadi lebih bersinar dan sihat. Tapi ingat, jangan tidur lewat!

Berhenti merokok
Sekiranya anda adalah salah seorang perokok tegar, hentikannya. Ia bukanlah satu keperluan dan tidak memberi kebaikan, malah hanya merosakkan sel-sel dalam kulit. Kesannya mungkin bukan sekarang tetapi lambat laun anda akan dapati kulit anda menjadi lebih tua daripada umur. Jadi baik berhenti sebelum terlewat.

Sumber: EH
=====================================================
IMG_1757 copy

SPA SALT
Spa Salt merupakan sabun pembersih badan yang mengandungi garam dan kunyit yang dapat menghilangkan kotoran atau daki-daki di badan dengan cepat dan berkesan.

Keistimewaan
  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan tubuh badan
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Membantu merawat kulit bermasalah
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Membantu memecahkan lemak

Cara Menggunakan 
Lulur spa salt di seluruh badan & susurkan ke bahagian badan terutamanya di celah peha, di bawah lengan, siku, lutut &  biarkan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih