Wednesday, June 24, 2015

MENU 10 MINIT SAHUR

Bangun seawal 4 pagi hanya untuk memasak buat hidangan sahur mungkin sukar bagi sesetengah dari kita terutama jika perlu masak hidangan lengkap dengan lauk pauk. Mungkin selera awal pagi juga tidak seperti waktu iftar membuatkan anda untuk lebih memilih hidangan ringan, mengenyangkan dan paling penting mudah disediakan. Jom cuba beberapa menu sahur yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk penyediaannya dan cukup menyelerakan!

Roti gandum bersama salad dan telur mata

sandwich

Untuk lebih enak, bakar roti gandum atau lebih dikenali sebagai wholemeal bread terlebih dahulu. Hiris nipis tomato serta sayur salad. Panaskan kuali berserta sedikit minyak dan goreng telur mengikut kuantiti yang anda inginkan. Satukan kesemua bahan menjadi sandwic. Tambah sedikit sos cili atau tomato untuk lebih kelazatan. Telur kaya dengan kandungan protein untuk memberikan lebih banyak tenaga pada tubuh.

Omelet telur bersama bayam serta keju

Omelet with spinach, cheese and roasted tomatoes

Panaskan kuali bersama sedikit minyak masak. Pecahkan telur serta pukul sebati di dalam mangkuk. Taburkan sedikit garam berserta serbuk lada hitam. Goreng telur ke dalam kuali yang sudah panas dan goreng sehingga menjadi omelet. Tambah sedikit hirisan sayur bayam dan keju untuk lebih keenakan.  Hidangkan bersama roti tortilla untuk memadatkan hidangan sahur anda. Bayam merupakan sayuran yang kaya dengan kandungan zat besi yang dapat membekalkan tenaga pada tubuh.

Roti gandum bersama sapuan mentega kacang dan hirisan pisang
02E94221

Mentega kacang secara amnya kita tahu yang ia tinggi dengan kandungan serat, protein dan sumber vitamin serta kalsium. Pisang pula kaya dengan sumber tenaga yang boleh bertahan lebih lama dari gula. Sapu rata mentega kacang ke atas dua keping roti gandum, letakkan hirisan pisang dan hidangkannya seperti sandwic.

Roti gandum bersama kacang panggang serta keju
02E87980

Letakkan dua sudu kacang panggang ke atas roti gandum. Layangkan keju ke atas kacang panggang. Sediakan ketuhar gelombang mikro ke suhu yang paling maksimum. Panaskan hidangan tersebut selama 45 saat sehingga keju mencair dan kacang panggang cukup panas. Hidang ketika sahur bersama jus mangga atau susu untuk lebih pembekal tenaga.

Sumber: EH
====================================================

AL HAQ (2)
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ
Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t