Tuesday, June 16, 2015

WAHAI LELAKI....BELAILAH WAJAHMU..!

LELAKI


Tiada gunanya berpenampilan segak bergaya tetapi memiliki kulit wajah berjerawat dan berminyak. Untuk pria sekalian, atasi permasalahan tersebut  dan mulakan insiatif untuk memelihara kebersihan kulit wajah sekarang agar penampilan keseluruhan anda tampak berseri dan memikat hati wanita!

Tepis kata-kata sindiran rakan anda yang beranggapan hanya kaum wanita sahaja yang perlu menjaga wajah. Sebaliknya, anda juga perlu berbuat demikian. Lebih-lebih lagi, pergerakan aktif lelaki berbanding wanita membuatkan kulit wajah mudah berminyak dan terdedah kepada segala jenis kotoran yang sekaligus menyebabkan pembentukan jerawat. Tidak perlu terlalu obses terhadap penjagaan wajah. Sudah memadai jika mengetahui asas-asas penting pesona wajah maskulin anda.

Pencuci  
Gunakan pencuci yang dapat menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan mengikut kesesuaian kulit. Pada masa sama, penggunaan pencuci wajah mampu melembutkan permukaan kulit. Amalkan mencuci wajah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Pelembap
Sewaktu mandi atau bercukur, liang-liang pori kulit akan terbuka. Ini akan menyebabkan kulit kering yang mencepatkan lagi proses penuaan. Justeru, pemakaian pelembap amat perlu bagi menutup kembali liang pori dan mengekalkan lembapan kulit.

Skrub
Kotoran degil yang hinggap di dasar kulit wajah anda adakalanya tidak mudah hilang. Oleh itu, skrub diperlukan bagi membuang sel kulit mati dan kotoran di wajah. Pun begitu, tidak digalakkan menggunakan skrub dengan kerap kerana boleh menyebabkan pembukaan liang pori. Sebaiknya, gunakan ia dua atau tiga kali seminggu .




---------------------------------------------------------------------
SERUM JALINAN QASEH


Vitamin C Serum + Collagen boleh lembapkan kulit  dan menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Selain itu, ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
 
Keistimewaan
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah dengan lebih efektif
  • Meremajakan kulit wajah
  • Mencerah dan menyekata warna kulit wajah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kedutan

Testimoni
ika jerawat