Friday, June 05, 2015

SINGKAP KEPERIBADIAN ANDA MELALUI WARNA LIPSTIK

Selain daripada warna kegemaran, keperibadian wanita juga boleh dikesan melalui rahsia warna lipstik kegemarannya. Lipstik adalah salah satu kosmetik yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Lipstik ibarat ‘magik’ yang mampu mengubah penampilan seseorang wanita itu menjadi lebih cantik dan menggoda. Pemakaian lipstik sangat penting sekiranya ingin memberi impak dalam penampilan.
Di sini saya akan membantu anda yang kebingungan dalam memilih warna lipstik yang sesuai dengan kulit. Bahkan cuba membongkar keperibadian diri anda melalui warna lipstik yang menjadi kegemaran anda itu.
  • Lipstik Merah Jambu:
Kulit Kuning Langsat: Anda dinasihatkan untuk menghindari lipstik warna merah jambu pucat kerana ia hanya akan membuat anda kelihatan lebih pucat. Oleh itu,pilih warna merah jambu daripada rona anggur atau berry pink.
Kulit Gelap: Pilihlah lipstik berwarna merah jambu dengan efek ‘sheer’, berkilat, agar semakin menawan dan menggoda.
Kulit Sawo Matang: Pilih lipstik yang berwarna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.
Rahsia Lipstik Warna Pink: Merah jambu atau pink merupakan warna ‘girly’ yang paling popular. Wanita yang gemar memakai lipstik berwarna pink cenderung mudah menerima, menggambarkan keberanian serta memiliki sifat feminin.
  • Lipstik Merah:
Kulit putih: Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori wanita berkulit putih.
Kulit kuning: Pilih lipstik yang berwarna merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau burgundy. Hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
Kulit gelap: Penampilan akan lebih terserlah dan menggoda sekiranya anda mengenakan gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.
Rahsia Lipstik Warna Merah: Wanita yang suka memakai lipstik berwarna merah gemar menjadi perhatian ramai. Jenis wanita ini memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi. Selain itu, warna merah pada lipstik juga membuatkan anda kelihatan seksi, nampak bersemangat, sensual dan penuh energi.

Info Ekstra!
Rahsia Lipstik Warna Nude: Warna nude adalah tipikal ‘lipglose’ yang hanya mengilatkan warna asli bibir. Wanita yang suka memakai lipstik warna nude ini cenderung sederhana, tenang dan santai.
Rahsia Lipstik Warna Ungu: Jika anda suka memakai lipstick berwarna ungu atau purple, ini jelas menggambarkan keperibadian anda yang sangat misteri. Wanita perlu cukup berani untuk menggunakan warna ini, kerana ia cenderung digunakan untuk menonjolkan sebuah perubahan dan boleh membuat si pemakai kelihatan amat seksi!
Rahsia Lipstik Warna Oren: Warna oren cenderung menggambar mood yang ceria. Begitu juga dengan rahsia warna ini. Pemakainya memiliki keperibadian yang hangat dan cukup menyenangkan.
Rahsia Lipstik Warna Hitam: Tidak ramai yang menyukai lipstik berwarna hitam. Kebanyakan orang yang menyukai lipstik berwarna hitam cenderung mahu kelihatan misteri. Biasanya si pemakai adalah pencinta gothic.  Selain itu, wanita yang mengenakan warna ini juga mahu kelihatan seksi!
================================================================
lips prt w
images (2)
PRETTY WHITE SEXY LIPS

Kelebihan
  • Merawat masalah bibir merekah
  • Pecah
  • Ulser
  • Mencerahkan bibir
  • Menjadikan bibir merah jambu
  • Bibir tampak lebih seksi serta mungil