Jadi, perlu diingat, memilih selendang atau tudung perlu dilihat pada keselesaan kita untuk memakainya, bukan hanya pada material ataupun harga. Ayuh kita ikuti tip ini untuk anda lebih memahami kelebihan jenis selendang yang anda ingin beli.
1. Kapas (Bawal)
Apabila melihat selendang jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula zaman persekolahan. Selendang jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain kapas dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.
2. Sifon
Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai selendang daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis kapas pada bahagian dalam agar selendang ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Selendang jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.
3. Denim
Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.
4. Lycra
Ada satu ketika, kain selendang jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain selendang jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.
5. Satin
Selendang jenis ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepada, akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, jadikan selendang jenis ini salah satu koleksi anda.
6. Kait
Lebih mudah jika memilih untuk menggayakan tudung jenis kait kerana tidak memerlukan penjagaan rapi dan penggayaan lebih ringkas dan bebas. Cuma perlu disertakan dengan inner neck agar tidak menampakkan rambut ataupun tengkuk ketika memakainya.
Sumber: Dara
=============================================
SCAR TONER
Kebaikan
- Mengecilkan liang roma.
- Menyerikan dan menyegarkan kulit secara semula jadi.
- Menghasilkan wajah yang radian, lembap dan tampak lebih muda.
- Sebagai agen untuk membantu menghalang wujudnya jerawat, jeragat dan lain-lain kecelaan wajah.
- Melembutkan kulit dengan berkesan
- Mengimbangkan pH kulit dan mengeluarkan sisa tinggalan dari pembersih
- Mengelakkan sel-sel dari mengeleber kerana berupaya untuk menahan dari tarikan graviti dan usia
Gunakannya sebelum pelembap atau selepas cucian wajah.
Cara Penggunaan
- Basahkan kapas muka dan semburkan sedikit penyegar ke atas kapas.
- Tekapkan beberapa kali ke seluruh muka. (jangan gosok atau tonyoh)