Friday, June 19, 2015

MAKANAN PENJANA TENAGA DI BULAN PUASA

Kala berpuasa pastinya badan perlukan lebih tenaga untuk bertahan sepanjang hari tanpa makan dan minum. Ianya juga baik untuk tubuh agar tidak mudah diserang gastrik atau pun kembung perut. Bukan terletak kepada berapa banyak kita makan, namun hanya bergantung pada jenis makanan yang kita ambil. Jom ketahui jenis makanan yang mampu menjana tenaga tubuh sepanjang bulan yang mulia ini.

Jus Susu Kurma
Secara amnya kita tahu bahawa kurma sangat baik dalam menjana tenaga buat tubuh di bulan puasa. Untuk pelbagaikan cara hidangannya, cuba kisarkan kurma yang telah direndam dengan air panas sebelumnya bersama setengah kotak susu segar dan ais. Ternyata ia boleh menghilangkan dahaga serta kembalikan tenaga dengan secepatnya.

Tembikai
Tembikai kaya dengan kandungan mineral. Sekali minum, jus tembikai boleh menghidratkan tubuh dengan secepatnya serta ianya baik dalam meningkatkan tenaga tubuh. Ambil tembikai ketika bersahur untuk tenaga yang lebih lama sepanjang hari.

Oat
Secara amnya kita tahu bahawa oat adalah sarapan yang berkhasiat di waktu pagi. Ianya kerana oat menyumbang banyak tenaga kepada tubuh agar kekal sihat dan cergas. Oat juga baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Amalkan mengambil oat bersama susu segar serta tambahkan kurma dan madu sebagai manisan ketika bersahur.

Madu
Campur madu bersama air dan perahan lemon. Ambil ia sewaktu bersahur. Ianya dapat menghilangkan dahaga sekaligus menyalurkan tenaga pada tubuh. Bahkan ia juga membantu sistem pencernaan.

Sumber: Eh
===================================================

AL HAQ (2)
SUSU KAMBING PREMIUM AL-HAQ

Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t