Kanta lekap sememangnya amat sinonim dan tidak dapat dipisahkan dengan si gadis. Meskipun pengganti kaca mata ini dicipta untuk tujuan kecantikan dan kesihatan, buruk padahnya jika contact lens tidak dipakai secara betul dan berdisiplin.
Mata adalah aset yang paling berharga untuk kita. Maka, tidak hairanlah infection pada mata merupakan suatu perkara yang amat serius dan tidak boleh dipandang ringan. Kebiasaannya, terdapat tiga masalah mata yang biasanya boleh terjadi kepada si pemakai yang bersikap acuh tidak acuh pada pemakaian contact lens:
1.Giant Papillary Conjunctivitis – Mereka yang tidak gemar untuk membuka contact lens ketika waktu tidur dan waktu mandi.
2.Fungal keratitis - kanta lekap yang kotor yang mengandungi benda asing dan habuk kayu.
3.Acanthamoeba corneal ulcer - Antara jangkitan yang paling ditakuti yang boleh menyebabkan hilangnya penglihatan. Elakkan pemakaian contact lens ketika di kolam renang.
Cara penggunaan contact lens dengan betul amat penting, terutamanya buat gadis di luar sana yang baru ingin mencuba memakai contact lens.
Jom lihat 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai kanta lekap.
1.Kanta lekap haruslah direndam selama enam jam sebelum dipakai kembali menggunakan solution yang boleh didapati di farmasi. Ini penting untuk membersihkan serta mengembalikan kelembutan dan keanjalan lens.
2.Mata adalah organ yang sangat sensitif. Pakai dahalu contact lens sebelum melakukan aktiviti seperti memotong cili, bawang atau memakai make-up bagi menghindari sebarang elemen asing pada jari anda.
3.Pastikan jari dalam keadaan bersih sebelum memakai kanta lekap.
4.Kanta lekap mudah rosak andai diuruskan secara kasar. Pastikan anda berhati-hati ketika dan mengendalikan kanta lekap.
5.Jangan pakai kanta lekap yang koyak atau berlubang walaupun sedikit.
6.Jika terasa pedih atau mengalami kegatalan, hentikan terus dari memakai contact lens tersebut.
7.Rehatkan mata anda dari menggunakan contact lens pada waktu malam atau ketika di hujung minggu.
8.Jangan tertidur sambil memakai contact lens kerana ia menyebabkan mata menjadi merah dan letih. Mengeluarkan contact lens ketika ini sedikit sukar kerana mata anda terlalu kering.
9.Seeloknya, buka dahulu contact lens sebelum mandi. Andai tetapi, jika anda memakainya, jangan buka contact lens sejurus selepas mandi kerana contact lens anda ‘melekat’ kuat pada retina mata.
10.Akhir sekali, jangan sesekali ‘recycle’ solution yang telah digunakan. Pastikan bekas kanta lekap sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Sumber: Remaja
===========================================
PRETTY WHITE SEXY LIPS
Kelebihan
- Merawat masalah bibir merekah
- Pecah
- Ulser
- Mencerahkan bibir
- Menjadikan bibir merah jambu
- Bibir tampak lebih seksi serta mungil