Teringin untuk kelihatan cantik natural sepanjang masa? Tanpa menggunakan mekap secara berlebihan pun sebenarnya boleh membuatkan anda nampak ‘fresh’ sepanjang hari. Tidak dinafikan, memang ramai wanita yang menggunakan mekap agar tetap nampak awet muda dan cantik , biarpun usia sudah berusia. Menurut sumber yang dikutip daripada All Women Stalk,ada beberapa tips untuk cantik natural mesikpun anda sudah memasuki usia tua. Semak!
- Hindari Stress - Jangan terlalu sering memikirkan sesuatu sehingga anda jadi stress. Ini adalah kerana stress yang berpanjangan boleh menjejaskan tahap kesihatan anda. Pengaruh stress membuatkan kulit anda berpeluh, kering dan cepat berkedut.
- Pakai Moisturizer - Paling kurang, anda wajar mengaplikasikan pelembab pada kulit anda secara menyeluruh pada setiap pagi sebelum memulakan aktiviti. Jika anda banyak melakukan aktiviti, elok disapu selalu agar kelembapan kulit anda tetap terjaga.
- Rajin Bersenam - Bersenam sangat penting dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh. Bukan orang yang kurang sihat sahaja dianjurkan bersenam. Sebaliknya, anda yang sihat pun digalakkan untuk terus menjaga kesihatan tubuh. Secara tak langsung, bersenam juga dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah dan segar kerana tidak ada kuman yang membuatkan kulit anda menjadi kusam dan kering. Antara senaman yang boleh anda lakukan ialah seperti berjogging, areobik dan berbasikal.
- Dapatkan Rehat Yang Mencukupi - Biar sesibuk manapun anda, tubuh tetap memerlukan rehat yang mencukupi. Tidur minimum 7-8 jam sehari sangat digalakkan agar anda kelihatan lebih cantik natural dan awet muda.
- Masker Semulajadi - Sihat dan segarkan kulit wajah anda dengan masker semulajadi buatan anda sendiri Caranya mudah sahaja, campurkan putih telur dengan air perahan jus lemon. Kacau sampai berbuih, kemudian sapukan masker tersebut ke seluruh wajah anda yang sudah dibersihkan secara merata. Lakukan secara rutin, kulit wajah anda akan lembab kerana kandungan protein dalam putih telur.
- Relaks Diri - Sentiasa merelakskan diri sejenak agar tubuh anda menjadi relaks. Paling tidak, 5-10 minit setiap hari di selang-selikan di tengah kesibukan anda itu. Cubalah cari ruang atau ‘port’ yang damai untuk menghirup udara segar buat seketika.
- Mulakan Sejak Awal - Mulakan perawatan anti aging sejak usia 20-an lagi seperti perawatan serum, krim malam, dan krim mata. Carilah produk kecantikan yang sesuai dengan usia anda pada saat itu.Manfaat dari perawatan ini boleh anda rasakan ketika memasuki usia tua nanti.
Tips Ekstra
Jika ingin kelihatan cantik natural anda sebenarnya tidak perlu mekap secara berlebihan. Memadai gunakan beberapa alat sahaja untuk tampil cantik natural ke kolej ataupun pejabat.
Pelentik Bulu Mata: Panaskan pelentik bulu mata selama beberapa saat dengan hair dryer sebelum digunakan. Ini akan membantu melentikkan bulu mata lebih cepat dan tahanlebih lama.
Blush On: Agar nampak kemerahan, sapukan blush on dengan berus besar pada pipi anda. Ingat, aplikasikan tipis saja, ya. Ini bertujuan agar wajah anda nampak lebih fresh.
Lip Gloss: Gunakan lip gloss tanpa warna atau yang sesuai dengan warna bibir anda. Oleskan sedikit saja, lalu ratakan pada seluruh bibir. Penggunaan lip gloss akan menerangi kulit dan memberikan ilusi cahaya, sehingga penampilan anda kelihatan lebih segar.
Kertas Minyak: Sediakan selalu kertas minyak di dalam beg tangan. Produk ini lebih berguna untuk menyeka minyak pada wajah daripada menutupinya dengan bedak.
Sumber: http://www.wom.my/kecantikan/cantik-natural-sepanjang-hari/#ixzz3c3zryPBg ========================================================
COVERMARK FOUNDATION
Fungsi
- Bedak asas SPF 60, melindungi dari sinaran UV
- Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
- Merawat masalah wajah yang rosak
- Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
- Tahan 12 jam dan tidak berminyak
- Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
- Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
Keistimewaan
· Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
· Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
· Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
· Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.