Ikhlas, salah satu sifat mahmudah... Yang susah dimiliki dan susah juga untuk dijaga... Bukan mudah nak ikhlas...kerana sifat manusia yang sukakan ganjaran dan pujian dalam melakukan sesuatu... Namun, ada beberapa tanda...untuk kita ketahui bahawa sesuatu perbuatan itu ikhlas atau tidak...
Tanda seseorang itu ikhlas:
- Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita.
- Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.
- Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.
- Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.
- Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya.
- Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.
- Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba, memanglah ada cacat celanya.”
- Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia.
- Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
- Dia tidak bersikap: kalau dipuji, dia rajin atau buat, kalau dia dicaci, dia tidak rajin atau tidak buat.
- Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.
- Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak. Jika seorang, dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.
Sumber: Mariafirdz