Tuesday, June 09, 2015

FUNGSI MENARIK OTAK KIRI DAN KANAN

OTAK KIRI
Seperti yang kita tahu otak kita ibarat sebuah komputer yang besar dimana mempunyai kelebihan, kelemahan, kekuatan, kekurangan dan cara tersendiri otak kita berkerja untuk memproses maklumat.

Otak Kiri Dan Otak Kanan
Walaupun kebanyakan orang kata perbezaaan, fungsi otak kiri dan kanan adalah sekadar teori, bagi saya ini satu kelebihan kepada kita untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan untuk memperbaiki diri dan kelebihan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat dan impian kita.
Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient).

OTAK KIRI
  • Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  • Menganilisis secara terperinci.
  • Berfikir secara linear (pengelolaan).
  • Menguasai matematik.
  • Menggunakan logik.
  • Memahami bahasa.
  • Memahami lisan.
  • Peka kepada fakta.
  • Berfikir menggunakan perkataan.
  • Mengingat lirik lagu.
  • Perlukan rasional.
  • Biasanya otak kiri sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasa menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, pakar matematik atau saintis.
OTAK KANAN
  • Mencari ilham (intuisi).
  • Berfikir secara kreatif.
  • Berkaitan seni.
  • Menggunakan imaginasi.
  • Bersifat subjektif.
  • Retma (rentak/intonasi).
  • Memahami tanpa lisan.
  • Perasaan (emosi).
  • Berfikir menggunakan gambaran.
  • Menghayati irama lagu.
  • Ada visi.
  • Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.
Apapun kebihan otak anda sama ada otak kiri dan kanan pastikan setiap kelebihan yang ada digunakan dengan sebaiknya dan jangan berasa rendah diri sekiranya kita tidak mempunyai kelebihan atau keistimewaan seperti orang lain kerana setiap manusia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Sumber: Eberita
====================================================
Smart IQ
SMART IQ
SMART IQ Menjangkau Lebih Dari Jangkauan !!
SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.