Wednesday, June 17, 2015

GIGI PUTIH BAK MUTIARA

GIGI

Memiliki gigi yang kekuningan pastinya menimbulkan keresahan terutama apabila berhadapan orang ramai. Akibat malu dengan keadaan gigi yang tidak seputih mutiara itu, membuatkan ada di antara kita yang sanggup menghilangkan senyuman mereka. Alangkah ruginya anda kerana senyuman itu bukan sahaja satu sedekah, bahkan ia juga mampu menaikkan seri wajah.

Justeru, jangan terus membiarkan diri anda terkurung dengan keadaan gigi yang sedemikian yang turut menjejaskan keyakinan anda. Lakukan perubahan mulai sekarang. Anda tidak cukup wang untuk melakukan proses pemutihan gigi di klinik pergigian? Oh, itu bukan penghalang untuk memiliki gigi putih berseri dan mengembalikan keyakinan diri. Anda boleh amalkan beberapa tip gigi putih ini. Selamat mencuba!

1.       Ambil kulit limau. Kemudian gosokkan bahagian dalam kulit limau yang berwarna putih di permukaan gigi anda. Lakukan setiap hari dan anda akan lihat hasilnya.
2.       Dapatkan ubat gigi yang mempunyai bahan pemutih. Berus gigi anda dengan ubat gigi tadi setiap hari.
3.       Kurangkan merokok, air kopi dan teh kerana ia adalah antara penyumbang utama yang menyebabkan gigi kuning.
4.       Campurkan perahan air limau dengan garam. Gunakan bahan tersebut untuk memberus gigi. Anda juga disarankan minum jus limau yang dipercayai mampu memutihkan gigi.
5.       Gosok gigi anda terlebih dahulu dengan serbuk bikarbonat. Kemudian, berus gigi anda seperti biasa. Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu.
6.       Buah strawberi dipercayai mampu menghilangkan kesan karat pada gigi. Sambil makan strawberi, gosokkan ia sedikit pada permukaan gigi anda. Kemudian, berus gigi seperti biasa.
7.       Ambil pinang dan bakar bijinya sehingga jadi seperti arang. Tumbuk ia hingga halus. Kemudian gosokkan ke permukaan gigi.