Tuesday, August 04, 2015

MUDAHNYA NAK CANTIK SETIAP HARI

Kekal Anggun Cara Mudah


Sebenarnya untuk kekal cantik tidaklah sesukar mana. Usah cepat membuang wang melakukan pelbagai prosedur kecantikan mahupun membeli produk yang mahal.  Rawatan kecantikan serta produk hanya bantuan sampingan, untuk cantik dalaman serta luaran anda mesti mulakan dari diri anda sendiri. 

Tabiat yang baik, ketenangan jiwa dan pemikiran positif antara faktor yang akan menyerlahkan aura anda. Jom bongkar tip mudah untuk jadi wanita anggun!


Disiplin

Setkan di minda, anda mahu tampak hebat dan menjaga kecantikan secara semulajadi. Motivasi diri setiap hari dan senaraikan usaha yang akan anda lakukan. Pastikan anda disiplin melaksana segala usaha tersebut. Jangan hangat-hangat tahi ayam, untuk langsing  dan cantik, kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan usaha berterusan.


Sauna

Ini cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh sekali gus memecahkan lemak degil, membantu menurunkan berat badan dan membuang toksin. Sauna juga boleh mengatasi masalah bau badan. Anda boleh memilih untuk melakukan sauna herba, tradisional mahupun cara moden menerusi FIR sauna. Sauna bukan sahaja baik untuk kecantikan tubuh dan dalaman malah ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan.



Detoks

Kini terdapat variasi resipi minuman khusus untuk detoks agar ia dapat membersihkan dalaman tubuh dan membantu proses pencernaan. Perahkan sebiji lemon di dalam segelas air, kemudian letakkan sehelai daun pudina. Biarkan semalaman di dalam peti ais, minum keesokan pagi sebaik sahaja bangun tidur.


Tidur Awal

Jangan tidur lambat kerana ia mendorong anda untuk cepat berasa lapar. Tabiat ini juga menyebabkan tubuh keletihan dan mengundang masalah lingkaran gelap di bawah mata.
Tidur awal setiap hari dan pastikan persekitaran di bilik tidur selesa serta bersih. Tidur yang cukup akan membuatkan tubuh berasa lebih segar. Ketika tidur, tubuh akan berehat dan dirawat secara semula jadi. Hasilnya anda akan tampak berseri dan awet muda.


Buang Tabiat Buruk

Makan secara konsisten, jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing. Pilih makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Zat yang terkansung dalam makanan ini membekalkan nutrien yang mencukupi pada tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk kecantikan, misalnya Vitamin E membantu kulit cerah dan lembap. Buang tabit buruk yang merosakkan kecantikan anda. Elakkan makan makanan ringan dan minuman manis. Jangan sesekali tidur selepas makan dan usah biasakan diri menguyah makanan ketika menonton televisyen.


Minum Banyak Air Putih

Elakkan minuman manis dan berais. Amalkan minum air putih dengan banyak terutama ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Air yang mencukupi akan membantu proses penghadaman, mengelakkan rasa lapar dan mampu membakar kalori dengan lebih baik. Air yang cukup juga membuatkan tubuh dan wajah lebih segar.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

gsfg

Fungsi

  • Bedak asas  SPF 60, melindungi dari sinaran UV
  • Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
  • Merawat masalah wajah yang rosak
  • Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
  • Tahan 12 jam dan tidak berminyak
  • Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita 

Keistimewaan
·      Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
·      Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
·      Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
·      Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.

 TESTIMONI

 
LJL
 
“Wajah berseri dan gebu jelas terserlah di hari bahagia. Mudah dipakai dan tahan lama sepanjang hari. Tidak perlu bersusah payah untuk sentiasa membaiki solekan. Inilah pilihan utama untuk saya kekal cantik dan berkeyakinan sepanjang hari. Memang terbaik !”
NURUL FASYIHIN OSMAN (LUMUT, PERAK)


CARA HILANGKAN MIGRAIN

lemons-lemon-juice

Sakit kepala ataupun migrain? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Migrain memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling dan membantutkan hari gembira anda. 
Bila migrain menyerang, biasanya kita hanya akan makan ubat dan tidur dengan harapan sakit akan hilang selepas bangun. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? Atau sakit masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. 
Berikut adalah alternatif lain yang penulis peroleh dari portal Siraplimau yang boleh dicuba:
Bahan:
  • Sedikit kulit lemon
  • Jus perahan lemon
  • Garam Himalaya
Note: Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ianya meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuatkan sistem imun anda kuat.
Cara penyediaan:
  • Campurkan jus lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk.
  • Masukkan bersama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya.
  • Campur dalam segelas air.
  • Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya tidak enak.
Selepas anda selesai minum, dalam masa beberapa minit kesakitan akan berkurangan atau akan hilang. 
Note: Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpada-pada. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------

KOPI SUPEERHEBAT HILANGKAN MIGRAIN
dsc_8505
Keistimewaan
  • Langsing
  • Tiadak Buncit
  • Cergas / Aktif
  • Bertenaga
Mampu Mengatasi
ü  Buasir
ü  Migrain
ü  Senggugut
ü  Asma/Lelah
ü  Kencing Manis
ü  DarahTinggi
ü  SakitSendi/Otot
ü  Alergik
ü  Gastrik
ü  Gout
ü  Saraf/Sawan

Kandungan
  • 25g per sachet
  • 20 sachet per box
Guarana / Goji
  • Meningkatkan daya ingatan, tenaga serta stamina
  • Membantu menormalkan gula dalam darah dan menjaga diabetes
  • Membantu mengurangi berat badan
  • Meredakan sakit kepala
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
Ubi bit merah
  • Merawat masalah penghadaman
  • Mengurangkan kolesterol dalam badan
  • Membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi
  • Membantu buang toksik dalam badan
  • Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
Ragi beras merah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Pelindung tubuh dari penyakit arteroskloresis (pengerasan pembuluh darah)
  • Mengatasi alergi
  • Mengatasi gangguan pencernaan, sembelit serta perut kembung
Kolagen
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
  • Menegang, menganjal dan melembapkan kulit
  • Meningkatkan penyerapan kalsium

 

Saturday, August 01, 2015

SELERA LEBARAN TAUHU SUMBAT

Tauhu Sumbat


Kedatangan tetamu harus diraikan. Tidak semestinya dengan hidangan berat, menu ringkas sudah memadai asalkan air tangan sendiri. Hanya dalam tempoh 25 minit, anda pasti dapat siapkan juadah istimewa untuk mereka yang datang berkunjung. Jom cuba!

Bahan-bahan:

4 keping tauhu
100 gm tauge, dibuang ekor & celur
1/2 biji timun               } dipotong kecil
1/4 biji sengkuang       }
Minyak untuk menggoreng
Garam, serbuk kunyit secukupnya

Bahan Sos:

3 sudu besar pes cili
1 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos Hoisin
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar air

Cara membuat:

  • Belah menyerong tauhu. Buat hirisan di tengahnya. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak, goreng tauhu hingga keemasan. Keluarkan isi tauhu dengan sudu kecil dan ketepikan.
  • Gaul tauge, sengkuang dan timun.
  • Untuk sos. Masak semua bahan hingga mendidih dan pekat.
  • Sumbatkan campuran tauge, timun dan sengkuang. Sajikan dengan sos.

Tip:
Jika suka, boleh hidangkan dengan sos cili.

CARA MUDAH PERTOLONGAN DARI ALLAH




Berdoalah di waktu susah dan senang... Agar doa mudah dikabulkan...  

Jangan waktu susah je nak ingat Allah... Waktu senang, gembira, suka lupa Allah... Sedangkan kegembiraan, kesenangan, sihat dan segala nikmat tu juga dari Allah... Jadi jangan lupa untuk berdoa dan bersyukur...  

Namun, lumrah manusia, bila Allah uji dengan sakit, susah derita dan kepayahan barulah masa tu nak ingat Allah...  Nak minta doa... Sedangkan Allah sentiasa menanti doa kita waktu Dia juga bagi nikmat dan kesenangan...


MAKANAN KESIHATAN UNTUK WANITA

Kredit foto: bodyenlightenment.me


Makanan memainkan peranan yang penting dalam kesihatan tubuh secara menyeluruh. Sangat penting untuk kita tahu apa yang kita makan, khasiatnya agar ia tidak memudaratkan diri kelak. Sebagai wanita, ini adalah 5 makanan yang perlu anda makan demi menjaga kesihatan luar dan dalam. Jom ketahui dengan lebih lanjut.
Coklat
Coklat mengandungi pelbagai zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia pada bahagian otak. Ia akan merangsang aktiviti serotonin di otak, yang selanjutnya akan membuatkan seseorang menjadi tenang. Coklat juga mempunyai kandungan antioksidan dan katekin yang membantu dalam melambatkan proses penuaan.
Kopi
Kandungan kopi dapat membantu menurunkan tekanan sebanyak 10%, berbanding mereka yang tidak minum kopi. Lebih bagus jika anda minum kopi yang hangat pada waktu pagi kerana ia dapat memberikan ketenangan untuk memulakan hari anda.
Yogurt
Jangkitan pada vagina merupakan masalah yang dialami oleh kebanyakan wanita penghidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu harian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan jangkitan ini.
Strawberi dan Kiwi
Salah satu cara tradisional untuk membantu memutihkan gigi adalah dengan memakan buah strawberi dan kiwi. Bukan sahaja anda gigi juga makin putih berseri, anda juga mendapat manfaat dari kandungan zatnya yang bagus untuk tubuh.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

CH LA PA_R3 copy

Mampu Mengatasi

  • Buasir
  • Sakit sendi dan urat, lemah otot
  • Gout
  • Menormalkan tekanan darah
  • Migrain
  • Gastrik
  • Masalah ketumbuhan
  • Kebas kaki dan tangan
  • Memberi tenaga
  • Masalah luka luaran dan dalaman (ulser)
  • Batu karang
  • Menguatkan rahim
  • Mengurangkan kolesterol
  • Muka berparut, jeragat dan jerawat
  • Sakit kulit
  • Pedih ulu hati
  • Mencegah kanser prostat
  • Mencergaskan badan
  • Anti penuaan
  • Masalah sembelit
  • Mencantikkan kulit badan
  • Mengejabkan tubuh
  • Menerangkan mata
  • Menguatkan imunisasi badan
  • Minuman untuk wanita berpantang

Bahan-bahan

* Kalogen
  • mengurangkan tekanan darah tinggi
  • mencantikkan kulit
  • mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
  • menegang, mencerah dan awet muda
* Aloe Vera
  • menghentikan kanser colon
  • menurunkan gula dalam darah
  • merawat organ dalaman
  • menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
  • mengatasi masalah sembelit dan buasir
  • merawat masalah ketumbuhan
* Acerola
  • merawat demam
  • menjaga hati dan sistem buah pinggang
  • mengatasi kencing manis
  • merawat jantung dan mengatasi anemia
  • merendahkan tahap kolestrol
* Gamat
  • membantu sistem pernafasan (asma dan lelah)
  • membantu menyembuhkan luka dan ulser dalaman
  • baik untuk paru-paru
  • menguatkan tulang rawan baru
  • merawat pelbagai penyakit dalaman dan luaran
* Kunyit
  • anti kanser
  • pengeluaran sel darah merah
  • merawat sakit kuning
  • menghilangkan parut
  • mengecutkan rahim
* Halia
  • merawat barah ovari
  • mencegah kanser
  • melegakan pedih ulu hati
  • mencegah kencing manis
* Madu
  • memberi tenaga
  • mempunyai 1000 khasiat kesihatan
* Mineral
  • membekalkan oksigen sel-sel badan
  • menyelesaikan masalah kelesuan
  • mencegah kanser

KUASA MADU UNTUK KULIT WANITA

Kuasa Madu Untuk Kulit Wanita


1.Memberi Tenaga & Menaikkan Seri Wajah

Amalkan mengambil madu sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur. Cara yang paling digalakkan, tuang sesudu madu di atas tapak tangan. Kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Mulakan dengan kalimah bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan serta kesihatan. Insya-Allah dengan usaha dan izin Nya, kita dapat memperoleh apa yang dihajati.
 
 

2.Lindungi & lembapkan Kulit

Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat. Anda juga boleh jadikan madu sebagai masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau lemon. Jika tiada memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten, kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembap.
 
 

3.Mengurangkan Tanda-tanda Penuaan

Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama rata. Kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas muka.
 
 
 

4.Meremajakan Kulit

Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi madu seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda.
 
 
 

5.Membersih Secara Semula jadi

 
Madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembap.
 
 
 

6.Mengatasi Jerawat

Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Caranya mudah saja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang.
 
 

 

7. Mencerahkan

Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberi anda ketenangan. Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambil merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata.
 
 
 

8. Atasi Rambut Gugur

Rambut gugur normal, tetapi bukan senang untuk cari penawarnya. Tetapi anda boleh cuba tip ini: Campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul sehingga sebati, kemudian sapukan pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Rambut akan menjadi lebih sihat dan kukuh. 
 
 
 

9. Menyuburkan

Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala, biarkan selama 30 minit. Selepas itu, syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih.
 
 
 

10. Bibir Merah Semula jadi

Bibir merah bak delima pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun tidak semua memiliki bibir seperti ini. Janganlah bersedih, ada cara untuk mencapai impian ini. Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam. Dalam masa seminggu anda sudah nampak perubahan positif, bibir menjadi lebih segar, lembap dan kemerahan.




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


glora capuccino


Glo’ra Cappucino adalah kopi untuk mencerahkan kulit yang kusam atau gelap dengan pantas dan efektif. Kesan pemutihan akan dialami dari hujung rambut ke hujung kaki menjadikan kulit seluruh badan anda mendapat warna yang sekata, lebih cerah dan putih serta halus bak kulit bayi.
Campuran sebuk mutiara iaitu bahan pelembap semulajadi kulit anda, sumber protein, vitamin B kompleks, polisakarida, dan sedozen mineral kepada tubuh badan. Serbuk mutiara juga mengandungi asid amino yang berfugsi spesifik untuk menggelakkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien dan idak memperlihatkan kulit kelihatan tua dan berkedut.

Kebaikan Glo’ ra Cappucino
  • Menerangkan mata dan awet muda
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress
  • Merapat, memontok, menegang dan menyerikan
  • Melembutkan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Wajah kelihatan lebih cerah, gebu, bersinar dan berseri-seri
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Meningkatkan imunasi badan, baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
  • Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • Melangsingkan dan menjadikan bentuk badan menarik
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut
  • Untuk kuku kaki dan tangan yang sihat dan cantik
  • Sesuai untuk semua wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman