Sebenarnya untuk kekal cantik tidaklah sesukar mana. Usah cepat membuang wang melakukan pelbagai prosedur kecantikan mahupun membeli produk yang mahal. Rawatan kecantikan serta produk hanya bantuan sampingan, untuk cantik dalaman serta luaran anda mesti mulakan dari diri anda sendiri.
Tabiat yang baik, ketenangan jiwa dan pemikiran positif antara faktor yang akan menyerlahkan aura anda. Jom bongkar tip mudah untuk jadi wanita anggun!
Disiplin
Setkan di minda, anda mahu tampak hebat dan menjaga kecantikan secara semulajadi. Motivasi diri setiap hari dan senaraikan usaha yang akan anda lakukan. Pastikan anda disiplin melaksana segala usaha tersebut. Jangan hangat-hangat tahi ayam, untuk langsing dan cantik, kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan usaha berterusan.
Sauna
Ini cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh sekali gus memecahkan lemak degil, membantu menurunkan berat badan dan membuang toksin. Sauna juga boleh mengatasi masalah bau badan. Anda boleh memilih untuk melakukan sauna herba, tradisional mahupun cara moden menerusi FIR sauna. Sauna bukan sahaja baik untuk kecantikan tubuh dan dalaman malah ia juga dapat meningkatkan tahap kesihatan.
Detoks
Kini terdapat variasi resipi minuman khusus untuk detoks agar ia dapat membersihkan dalaman tubuh dan membantu proses pencernaan. Perahkan sebiji lemon di dalam segelas air, kemudian letakkan sehelai daun pudina. Biarkan semalaman di dalam peti ais, minum keesokan pagi sebaik sahaja bangun tidur.
Tidur Awal
Jangan tidur lambat kerana ia mendorong anda untuk cepat berasa lapar. Tabiat ini juga menyebabkan tubuh keletihan dan mengundang masalah lingkaran gelap di bawah mata.
Tidur awal setiap hari dan pastikan persekitaran di bilik tidur selesa serta bersih. Tidur yang cukup akan membuatkan tubuh berasa lebih segar. Ketika tidur, tubuh akan berehat dan dirawat secara semula jadi. Hasilnya anda akan tampak berseri dan awet muda.
Buang Tabiat Buruk
Makan secara konsisten, jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing. Pilih makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Zat yang terkansung dalam makanan ini membekalkan nutrien yang mencukupi pada tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk kecantikan, misalnya Vitamin E membantu kulit cerah dan lembap. Buang tabit buruk yang merosakkan kecantikan anda. Elakkan makan makanan ringan dan minuman manis. Jangan sesekali tidur selepas makan dan usah biasakan diri menguyah makanan ketika menonton televisyen.
Minum Banyak Air Putih
Elakkan minuman manis dan berais. Amalkan minum air putih dengan banyak terutama ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Air yang mencukupi akan membantu proses penghadaman, mengelakkan rasa lapar dan mampu membakar kalori dengan lebih baik. Air yang cukup juga membuatkan tubuh dan wajah lebih segar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fungsi
- Bedak asas SPF 60, melindungi dari sinaran UV
- Menutup masalah kulit berjerawat dan berjeragat
- Merawat masalah wajah yang rosak
- Sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat dan berjeragat
- Tahan 12 jam dan tidak berminyak
- Kulit lebih halus dan mengurangkan parut
- Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
Keistimewaan
· Mengandungi Collagen untuk melambatkan proses penuaan kulit dan membantu kulit tampak lebih muda dan halus.
· Menggunakan BB Cream Formula untuk tutupan cela serta parut dengan sekata.
· Tidak perlu risau jika solekan comot atau hilang kerana penambahan Silikon yang membantu solekan lebih tahan lama dan tampak segar dan tegang.
· Juga merawat masalah jerawat dan jeragat dan kulit sensitif.
TESTIMONI
“Wajah berseri dan gebu jelas terserlah di hari bahagia. Mudah dipakai dan tahan lama sepanjang hari. Tidak perlu bersusah payah untuk sentiasa membaiki solekan. Inilah pilihan utama untuk saya kekal cantik dan berkeyakinan sepanjang hari. Memang terbaik !”
NURUL FASYIHIN OSMAN (LUMUT, PERAK)