Saturday, August 29, 2015

TUKAR SELERA DGN PERCIK TELUR

Percik Telur



Kelazatannya dirasakan berbeza andai dibandingkan dengan hari-hari biasa. Selama ini, hanya menu ayam percik sahaja yang terbayang di kepala sedangkan kuah percik boleh dipelbagaikan menu lain. Apa kata cuba menu percik yang diilhamkan ini khas untuk santapan berbuka puasa.  
 
 

Bahan-bahan:

5 biji telur - direbus dan dikupas kulitnya
10 gm lengkuas           }
10 gm bawang putih       }
20 gm bawang merah       } dikisar halus
10 gm kunyit hidup       }
30 gm cili kering        }
10 gm asam jawa - diperah airnya
10 gm serai - diketuk
10 gm serbuk ketumbar
20 gm halia
50 gm santan
 
 
 

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan minyak terlebih dahulu dan gorengkan telur sehingga bertukar warna keemasan. Toskan dan biarkan ia sejuk seketika.
  2. Panaskan minyak dalam, kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, santan, serbuk ketumbar dan air asam jawa. Didihkan kuah tadi sehingga pekat dan tambahkan perisa secukupnya.
  4. Tuangkan ke atas telur yang digoreng dan sudah siap untuk dihidangkan.
  5. Bagi menambahkan selera, hidangkan lauk ini bersama nasi kerabu.
 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Smart IQ



SMART IQ merupakan minuman pra campuran bagi semua lapisan umur, khususnya untuk membantu menguatkan sistem imuniti kanak-kanak dan menguatkan ingatan serta mengembalikan minat anak anda untuk belajar.

Khasiat
  • Meningkatkan sistem keimunin atau ketahanan badan.
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi minda.
  • Menajamkan lagi daya pemikiran supaya mudah belajar dan mengingati segala yang dipelajari.
  • Mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas, remaja yang ingin menghadapi peperiksaan, golongan emas atau orang dewasa yang pelupa.
  • Tambahan anti-oksida yang tinggi untuk menghalang serangan penyakit.

Bahan-bahan
  • Serbuk koko hitam yang berkualiti
  • Susu kambing
  • Kismis
  • Madu
  • Krimer
  • Gula
  • Malt
  • Gingko Biloba
  • Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin A
  • DHA
  • mineral.
Cara Hidangan
  1. Tuangkan satu paket Smart IQ ke dalam air panas (80′c).
  2. Boleh dimakan begitu sahaja.

- Mengandungi 20 paket x 25g per kotak
- Disarankan membaca selawat 3x kali dan Al-Fatihah 1x kali serta berdoa dan berniat sebelum mengambil Smart IQ. InshaAllah, dipermudahkan untuk menuntut ilmu.