Lipstik sudah menjadi satu kemestian buat wanita untuk ke mana sahaja. Namun, yakinkah anda akan warna lipstik yang dipakai sesuai dengan penampilan anda?
Dua faktor paling utama yang mempengaruhi warna lipstik anda adalah warna kulit dan pakaian yang anda pakai.
Bagi yang berkulit cerah, rona merah jambu, fuschia, kuning oren atau beige amat sesuai untuk bibirmu. Sementara warna merah jambu kecoklatan atau ungu muda sesuai dipadankan untuk mereka yang memiliki kulit gelap. Cuba berekperimentasi warna lipstik dengan mengambil kira warna kulit, pemakaian dan acara yang ingin dihadiri.
Selain mengenalpasti warna lipstik, jenis-jenis lipstik juga perlu diberi perhatian agar lipstik yang dipakai kekal segar sepanjang hari.
SHEER
Basah di bibir dan kelihatan bersinar. Bagaimanapun, ia bukanlah lipstik yang bersifat tahan lama kerana kandungan pigmennya yang minima. Lipstik ini biasanya telah digabungkan bersama pengilat bibir.
KRIM
Mempunyai tekstur yang lembap dan biasanya mengandungi minyak dan perapi. Selain mencantikkan bibir anda, ia turut menjaga bibir anda daripada kering dan merekah. Ciri inilah yang membuatkan ia kelihatan semula jadi.
MATTE
Paling lama dapat bertahan di bibir kerana ia kaya dengan pigmentasi warna. Namun, amat mudah membuatkan bibir cepat kering dan mengelupas. Justeru, jika anda menggunakan lipstik jenis ini jangan lupa sapukan pengilat bibir.
SHIMMER
Mempunyai partikel halus berbentuk metalik. Ia turut mengandungi material halus yang memberi kesan berkilauan. Bibir akan menjadi lebih penuh dan seksi. Sesuai digunakan pada majlis-majlis glamor pada waktu malam.
LONG LASTING
Lipstik ini antara pilihan ramai kerana teksturnya yang berkrim dengan warna yang tebal menjadikan ia mampu bertahan hingga lapan jam.
-----------------------------------------------------------------
Lipstick merupakan salah satu alat make up yang digunakan oleh kaum hawa untuk menampakkan kecantikannya. Oleh itu, lipstick Jalinan Qaseh telah direka khas dengan gabungan collagen yang mempunyai banyak khasiat bagi membantu wanita meningkatkan kecantikan agar mereka sentiasa cantik dan menarik.
Keistimewaan
- Merawat masalah bibir merekah
- Pecah
- Ulser
- Mencerahkan bibir
- Menjadikan bibir merah jambu
- Bibir tampak lebih seksi serta munggil