Monday, August 10, 2015

AWET MUDA DENGAN KOSMETIK

Awet Muda Dengan Kosmetik

Tampil menarik untuk ke majlis glamor, tidak sekadar memberi tumpuan kepada busana semata-mata. Solekan wajah juga perlu diberi perhatian supaya lebih menarik dan tampak berbeza daripada kebiasaan.
 
 
1) Bedak asas disapu rata pada wajah. Bedak kuning langsat dipilih kerana tidak mahu wajah nampak gelap dan sesuai dengan mereka yang memiliki kulit sawo matang.
 
 
2) Seterusnya pembayang mata daripada gabungan rona pic, coklat terang dan highlight rona disapu pada kelopak mata agar mata nampak besar. Bawah mata turut disapu pembayang supaya mata nampak galak. Pensel mata berwarna coklat dilukis pada kening agar nampak natural. Setelah itu lekatkan bulu mata dan dilentikkan dengan maskara.
 
 
3) Pemerah pipi disapu pada tulang pipi bertujuan supaya wajah tidak nampak pucat dan menimbulkan kesegaran pada wajah.
 
 
4) Solekan disudahi dengan mewarnakan bibir dengan lipstik.
 
 
 
Rahsia awet muda:
 
Pilih kosmetik yang berasaskan bahan mineral kerana ia dikatakan menggunakan bahan alami dan bebas daripada bahan kimia. 
Pilih alas bedak jenis cecair kerana ia tampak lebih nipis dan ringan. Jika menggunakan alas bedak tebal, ini akan menyebabkan garis kedutan nampak lebih ketara. 
 Untuk menjaga kesihatan dan kecantikan bibir, gunakan selalu pelembap. Ia juga membantu mencegah kulit bibir yang pecah. Untuk membuatkan bibir lebih penuh, sapukan pengilat selepas pemakaian lipstik. 
Aplikasikan shimmer di atas tulang pipi setelah menyapu pemerah pipi untuk membantu membuatkan wajah tampak lebih menarik. 
Selain pembayang mata yang sesuai, penggunaan maskara, dan penggaris mata juga penting  untuk menghasilkan solekan mata yang tajam dan nampak segar
Biar setebal atau semahal mana sekali pun produk yang digunakan, namun kulit tetap akan kusam dan tidak bermaya jika kurang tidur. Tidur memperbaiki dan meremajakan kulit.
Kurangkan pengambilan gula. Terlalu banyak gula yang bertindak balas dengan protein di kulit boleh mempercepat proses penuaan. Perbanyakan mengambil makanan yang menyihatkan kulit seperti salmon, badam dan buah beri. 
Bukan hanya sekadar berhenti merokok, tapi pastikan anda menjauhi  asap rokok kerana ia boleh membantu mempercepatkan proses kedutan selain merosakkan penghasilan kolagen





---------------------------------------------------------------------------------------------------------


IMG_1429 copy



Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kandungan
Marine Collagen
*Komponen penting bagi tisu kulit.
*Protein semulajadi yang menyokong struktur kulit.
*Menegang dan mencantikkan kulit.
Vitamin C / Lemon Citrus
*Anti oksida serta membantu untuk mencerahkan kulit.
*Agen diet yang berkesan, bertindak mengurangkan rasa lapar.
*Tubuh akan lebih mudah untuk mencerna makanan yang diambil.
Spirulina
*Mempunyai pelbagai vitamin, membantu menguatkan imunisasi badan, memberi tenaga dan membakar lemak dengan berkesan.
*Mencegah dari pelbagai komplikasi penyakit.
Gamat
*Membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman.
*Mengelakkan alur darah tersumbat serta menurunkan tekanan darah, menguatkan sistem keimunan badan dan memperjelaskan penglihatan yang kabur.
*Membantu memulihkan rasa kebas kaki dan tangan serta mengurangkan sakit sendi, urat dan otot.

Fakta Nutrisi: I scoop (7gram)
Cara penggunaan: Campurkan 1 scoop ke dalam segelas air. Kacau sebati dan minum segera.
Untuk hasil terbaik, ambil 2 kali sehari, selepas makan.
Perhatian !! Wanita hamil dilarang minum minuman ini.